Perhimpunan sekumpulan mahasiswa yang mahu berdemonstrasi terhadap UIA kerana menggantung tugas Profesor Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah terus berjalan. Dan terkini, dua pemimpin Pakatan Rakyat iaitu Nurul Izzah dan Tian Chua berjaya menyertai ke dalam perhimpunan itu. Beberapa pengawal keselamatan terkejut dengan kehadiran dua pemimpin ini.
Dipercayai ada beberapa pengawal keselamatan UIA yang 'melepaskan' pemimpin ini untuk memasuki UIA walaupun ada halangan yang ketat. Mereka menyertai kumpulan mahasiswa yang menghantar memorandum kepada rektor UIA.
Suasana kecoh ketika Shamsul Iskandar ditangkap dari tandas UIA.
Sebelum itu Ketua Angkatan Muda PKR (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin ditahan oleh pasukan pengawal keselamatan UIA ketika dalam perjalanan ke tempat mengambil air wudhu oleh lebih 10 anggota keselamatan termasuk polis.
Semalam UIA menggantung tugas Abdul Aziz sebagai pensyarah undang-undang sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.
Beliau didakwa "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti" dan diberi masa sehingga 25 Oktober depan untuk menjawabnya.
Tindakan terhadap pakar perlembagaan itu dipercayai berikutan reaksinya sebelum ini terhadap titah Sultan Selangor dalam isu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).
Beliau berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.
Lagi sekitar gambar demonstrasi solidariti untuk Aziz Bari (kredit : Zulaikha Anis, UmmuAsiah)
Antara mahasiswa yang hadir
Dilaporkan lebih 800 mahasiswa yang hadir
Antara pengawal keselamatan UIA yang berkawal
Timbalan Rektor UIAM, Prof Dr Nik Kamal
Wakil SMM menghantar memo kepada Timbalan Rektor UIAM, Prof Dr Nik Kamal
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.