Followers

Friday, October 21, 2011

Berakhirnya Gaddafi satu teladan buat Najib, Dr. M dan para pembesar UMNO Written by Ismail Dahlan, Malaysia Chronicle


Satu lagi hayat seorang tirani asal Timur Tengah melayang terbang. Sebuah jilid sejarah dunia telah ditamatkan, dan adalah satu teladan yang patut diambil kira oleh tirani asal negara Malaysia untuk benar-benar mengerti apa yang tidak boleh diketepikan lagi di dalam dunia sekarang – perubahan, demokrasi dan kuasa rakyat.

Muammar Gaddafi, atas semua kata-kata semangat dan hasrat untuk ‘terus melawan’ muncul merayu; jika laporan yang memetik beliau sebagai berkata “jangan tembak!, jangan tembak!” lalu diheret keluar dari tempat persembunyiannya di daerah Sirte, oleh pejuang-pejuang National Transitional Council (NTC). Namun kita masih perlu menunggu jawapan mutakhir; kerana debu peperangan masih tebal menyelubungi berita ini dan NTC pernah tersilap sebelum ini.

Gaddafi sebenarnya mempunyai banyak peluang untuk mencari jalan penyelesaian, namun beliau memilih untuk lari; dari asakan pejuang-pejuang pro-pembebasan dan NATO. Apa yang terjadi di luar sana tidak mudah untuk difahami lagi-lagi jika anda tinggal di dalam khemah untuk waktu yang agak lama. 

Ramai yang ingin mengetahui latarbelakang psikologi tirani-tirani Arab yang kelihatannya degil tidak mahu berundur. Saddam juga satu contoh bercakap tanpa berdiri di atas bumi yang nyata. Ketika perang Teluk yang pertama, dia menjanjikan ‘ibu segala peperangan’ kepada musuhnya, yang pada akhirnya, terpaksa berundur ke kota Baghdad.

Gaddafi yang dikelilingi oleh para penasihat yang menasihat apa yang mahu didengarnya, akan mengubah nasihat itu sebagaimana reaksi raut wajahnya terhadap sesuatu jawapan. Kita boleh membayangkan nasib seseorang penasihat yang memberikan nasihat selain dari apa yang mahu didengarnya. 

Inilah contoh kekuasaan sekiranya ia dipegang oleh mana-mana seseorang, apatah lagi bila ianya menjadi satu ‘pemujaan’ terhadap Sang Penguasa itu. Gaddafi telah berkuasa selama 42 tahun. Kehilangan kuasa mungkin sesuatu yang tidak pernah beliau dan pengampunya pernah fikirkan.

Gaddafi mungkin saja dikerumuni para penasihat yang memberi apa sahaja jawapan yang mahu didengarnya. Di Syria, ketegangan berlaku dalam bentuk penceritaan yang hampir sama di Libya. Rakyat turun protes secara aman, pihak kerajaan menggunakan kekerasan, banyak kematian dilaporkan akibat terkena tembakan peluru hidup. 

Kekerasan ini sepatutnya akan menghentikan protes, tetapi ia telah menyemarakkan amarah rakyat di seluruh Syria. Kerajaan kemudian menggunakan kereta kebal dan pelbagai senjata berat terhadap rakyat yang menentang. Terkini, ada laporan yang menyatakan rakyat Syria sudah mula mengangkat senjata menentang kerajaan. Sepertinya kisah Libya yang diulang tayang. 

Namun kerajaan Syria tetap berdegil tidak belajar dari kisah Gaddafi; sebaliknya tegas mengulangi sejarah.
Membandingkan Libya dengan Syria, pemimpin Tunisia dan Egypt tidak mahu mengambil risiko memperalatkan tentera secara besar-besaran terhadap rakyat sendiri walaupun kekerasan tetap ada.

PRU-13 menjadi titik permulaan

Negara Malaysia yang jauh di Timur dunia walaupun mempunyai hubungan rapat dengan negara-negara Arab melalui persamaan agama, budaya dan pendidikan; memilih kotak undi sebagai cara membentuk kerajaan. Masalah utama menggunakan cara ini ialah BN mengamalkan tipu muslihat untuk memang, bukan kerana rakayt menyokong mereka. Cara inilah yang terus menerus menjadikan kerajaan yang memerintah satu kediktatoran. 

Sekiranya Malaysia pernah mempunyai seorang diktator, ia pastilah Mahathir Mohammed yang berkuasa selama 22 tahun; mengekang pembangkangnya dan menjatuhkan martabat institusi-institusi negara. Projek-projek mega impiannya, termasuklah, menara tertinggi di dunia dan sebuah bandar pentadbiran canggih Putrajaya, yang jauh disudut sana.

Sudah menjadi semakin sukar buat BN untuk memanipulasi pilihanraya di Semenanjung, walaupun pilihanraya di Sarawak boleh dipersoalkan. Pemantau pilihanraya tidak dibenarkan masuk ke negeri itu, sesuatu yang tidak perlu dilakukan sekiranya pilihanraya itu adil, seperti yang dinyatakan oleh kerajaan negeri Sarawak. 

Kerajaan turut menguasai media cetak dan siar namun telah tidak dipedulikan lagi dengan adanya Internet. Saluran-saluran media rasmi yang sering mengagong-agongkan BN, terpaksa akur yang mereka tidak lagi dipercayai. Ini boleh dibuktikan dengan jumlah pencetakkan akhbar mereka, NST dan Utusan Malaysia terpaksa mengedar akhbar mereka secara percuma.

Pilihanraya Umum di Malaysia yang dijangka berlangsung kelak diramalkan akan mengakhiri hayat seorang lagi diktator; malah yang lebih lama dari kerakusan kuasa Gaddafi – 50 tahun cengkaman Barisan Nasional sudah cukup untuk negara ini.

- Malaysia Chronicle

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.