Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussin telah mengumumkan akan mendedahkan berkaitan pemberian kewarganegaraan kepada warga asing dan kad pengenalan palsu kepada Jawatankuasa Terpilih Parlimen yang akan bersidang tidak lama lagi.Pada aku, takdak masalah kalau Hishamuddin dedahkan maklumat macam tu pun, tapi kena dedah bagi lengkap la termasuk bila mula masuk Malaysia, bila dapat status PR, bila dapat status warganegara dan atas asas apa taraf warganegara tu di bagi.
Jawatankuasa Terpilih Parlimen ini ditubuhkan untuk memperbaiki sistem pilihan raya di negara ini bukannya memperbaiki sistem permohonan kewarganegaraan atau memperbaiki perjalanan Jabatan Pendaftaran Negara.
Saya berpendapat tiada keperluan Menteri Dalam Negeri untuk membentangkan tuduhan manipulasi kad pengenalan dalam jawatankuasa tersebut. - Hrkh.
Yang sohehnya permohonan taraf warganegara tu memang ikut prosedur dan tak depa perlu naik bas ramai-ramai untuk hadiri 'kursus keushawanan' pasai depa mohon taraf warganegara bukannya kebenaran nak berniaga.
Apa pun, ada persoalan lain yang lebih penting untuk Hishamuddin jawab:
- Bagaimana terdapat lebih 5 Ribu identiti yang mempunyai nama yang sama dan nombor kad Pengenalan yang 83% sama seperti di bawah:
AZINAH BT MOHD FAZIN (800820-02-5150)
AZINAH BT MOHD FAZIN (800829-02-5150) - Bagaimana Mismah yang masuk ke negara kita tahun 1982, hanya perlukan masa 6 bulan sahaja boleh mendapat status penduduk tetap sedangkan syarat Jabatan Imigresen memberi syarat 5 tahun untuk membolehkan Mismah mendapat status penduduk tetap.
- Kenapa rekod penduduk tetap seperti Mismah tidak dikemaskini lebih 7 bulan dalam pengkalan data Jabatan Pendaftaran Negara?
- Bagaimana satu kad pengenalan lama dimiliki oleh dua individu yang sama. Seolah-olah kad pengenalan lama ini melahirkan dua kad pengenalan baru. Contohnya:
Mariam Binti Su (No KP lama: A2278510) (No KP baru: 720616025472)
Mariam Binti Su (No KP lama: A2278510) (No KP baru: 720610025738) - Kenapa 240 orang warga asing diberi kursus keusahawanan di Istana Dugang Country Resort hanya 5 jam sahaja?
- Bukankah warga asing ini tidak dibenarkan berniaga, kenapa perlu diberi kursus?
- Kenapa Hishmuddin tidak tahu aktiviti 240 orang warga asing ini lakukan, sedangkan Ketua Polis Daerah Sepang tahu bahawa mereka terlibat dengan kursus keusahawanan?
- Apakah Hishamuddin sudah tidak percaya kepada pegawainya sendiri?
- Kenapa Hishamuddin mengangap isu ini sebagai isu kecil sedangkan ia melibatkan pengkhianatan kepada negara. - Kenapa ada jumlah yang terlalu ramai iaitu 170,818 pengundi yang mempunyai kad pengenalan berkod negara “71” dimana kod tersebut tidak ditafsirkan dalam Jabatan Pendaftaran Negara.
- Kenapa ada begitu ramai warga asing yang didaftarkan sebagai warga negara selepas tahun 2008 hingga 2011 iaitu 27, 293 orang sedangkan rakyat kita sudah terseksa dengan pesaingan sektor pekerjaan dan perniagaan kecil di negara ini.
source: http://cenangau.blogspot.com/2011/10/7-soalan-maut-shuhaizan-yang-menteri.html#ixzz1b5aseQc3
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.