Program Debat Anwar dan Najib di Universiti Malaya?
KUALA LUMPUR - Akademi Pak Sako menawarkan diri untuk bertindak sebagai Penganjur jika benar mahu merealisasi Program Debat Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang.Ini disahkan oleh Jurucakap Akademi Penulisan tersebut, Hilman Idham yang mendakwa debat sedemikian bakal membuka minda rakyat Malaysia agar dapat menilai keadaan ekonomi semasa.
“Justeru Akademi Pak Sako bersedia untuk menjadi penganjur kepada Debat Belanjawan Negara 2012; di antara YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak dan YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim,” kata Hilman dalam satu kenyataan media.
Sekiranya kedua-dua tokoh itu bersetuju, debat berkenaan akan ditetapkan pada hari Khamis, 3 November pada jam 9 malam dan bertempat di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya.
“Kami berharap kedua-dua tokoh ini bersedia untuk menerima undangan debat daripada pihak kami. Semoga debat ini berlangsung dengan baik dan berhemah demi manfaat dan kesejahteraan rakyat,” ujar Hilman.
Ketua Pembangkang sebelum ini telah mempelawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyertai Debat secara terbuka berkenaan soal Ekonomi dan Bajet 2012 yang dibentangkan baru-baru ini.- KLpos
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.