Followers

Thursday, September 15, 2011

Siri 2: PRU13 - DUN UMNO/BN akan tergugat - Oleh: mirputra

Ada faktor dalaman dan luaran yang menyebabkan Barisan Nasionl  kalah teruk dan kehilangan beberapa negeri kepada PR. Keberanian pengundi Melayu, Cina, India dan pengundi wanita serta pengundi muda tidak memangkah Barisan Nasional ini cukup menghairankan.

Kebanyakan pemimpin bertaraf menteri tidak berjiwa rakyat lagi kerana segala masalah kenaikan harga barang, kenaikan harga petrol , tol lebuh raya, kenaikan kadar jenayah , peluang kerja dirampas oleh pekerja asing , rasuah yang dikatakan meningkat,


Kes Altantuya , komisyen kapal selam dan pembelian jet pejuang dari Russia. Semakin lama orang memperkatakannya semakin ramai yang percaya. 

Lihat sahaja tuduhan liwat yang dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apabila Najib Tun Razak 'memberi arahan' untuk merampas kembali negeri yang diperintah oleh PR malah isu-isu kabur ini dimainkan semula malah divideokan dan disiarkan melalui Youtube.

Isu klip video Lingam mendedahkan kredibiliti sebenar hakim-hakim yang dilantik di Malaysia. Malahan kes lama dulu timbul semula dan turut memaparkan adanya kemungkinan 'kong kali kong'. Apabila imej mahkamah tercemar terutama yang membabitkan Peguam Negara dan lain-lain, apa lagi yang diharapkan kepada keadilan hakim. Jadi rakyat menuntut para hakim tertinggi tidak ditentukan oleh ahli politik. Apalah erti angkat sumpah atas al Quran jika ada bukti gambar siri pelancongan
Perhimpunan Bersih 2011 yang cuba melibatkan Sultan Mizan Zainal Abidin dan menuduh SPR tidak telus merupakan era baru dalam politik Malaysia. 

Rakyat juga terkejut dan panik dengan perhimpunan tersebut
Jasa Anwar meleraikan sengketa Peristiwa Kampung Rawa masih kekal dalam ingatan penduduk Pulau Pinang. Pengundi India dan Cina sepakat mengundi calon dari kalangan PR . Perpindahan Lim Guan Eng dari Melaka ke Pulau Pinang memang tepat dengan strategi DAP.

Dalam siri kedua ini adalah keputusan Dewan Undangan Negeri yang dimenangi oleh UMNO/BN pada PRU12 yang lalu undi dibawah 2,500 majoriti.Sekiranya tsunami PRU12 berulang pada PRU13 UMNO/BN akan mencipta sejarah baru bagi Malaysia menjadi pembangkang.

                  SIRI 2: DUN YANG DIMENANGI UMNO/BN BAWAH 2,500


DUN –PERLIS
MAJORITI
1.
N1-TITI TINGGI
1,814
2
N2-BESERI
1,111
3
N4-MATA AYER
1,622
4
N5-SANTAN
712
5
N6-BINTONG
2,110
6
N8-INDERA KAYANGAN
1,263
7
N10-KAYANG
1,508
8
N12-TAMBUN TULANG
2,010
9
N13-GUAR SANJI
702

PERLIS mempunyai 15 kawasan DUN dibawah 3 parlimen,PAS telah memenangi  2 kerusi DUN pada PRU12.Melihat situasi politik di Perlis dengan puak bekas Menteri Besar Dato Seri Sahidan Kassim dan puak Dato Seri Radzi Sheikh Ahmad besar  kemungkinan  akan berlaku undi protes dari kalangan ahli Umno sendiri.DUN N8 Indera Kayangan  kalangan pemerhati politik meramalkan PR akan memberi kerusi tersebut untuk DAP bertanding kerana kerusi tersebut berada dalam kawasan Bandar kangar. 


DUN -KEDAH
MAJORITI
1.
N1-AYER HANGAT
1,135
2.
N3-KOTA SIPUTEH
495
3.
N6-JITRA
2,258
4.
N7-KUALA NERANG
805
5.
N11-DERGA
163
6.
N12-BAKAR BATA
358
7.
N21-GUAR CEMPEDAK
1,759
8.
N22-GURUN
1,554
9.
N23-BELANTEK
252
10.
N30-BAYU
984

KEDAH mempunyai 36 kawasan DUN dan 15 parlimen salah satu negeri yang jatuh ketangan PR pada PRU12 yang lalu..PR mempunyai 22 kerusi dan UMNO/BN mempunyai 14 kerusi.PRU13 Kedah akan kekal ditangan PR dengan pertambahan sebanyak 10 lagi kerusi yang akan menjadikan 32 keseluruhannya.

Kemungkinan DAP akan bertanding N22 Gurun supaya tidak lagi berlaku  pertandingan 3 penjuru sebelum ini di Dun Derga yang menyaksikan PKR dan DAP bertanding sesama sendiri yang akhinya UMNO/BN memenangi kerusi tersebut dengan kelebihan 163 undi.DAP memenangi satu kerusi sebelum ini di DUN Kota Darulaman.


DUN-KELANTAN
MAJORITI
1.
N1-PENGKALAN KUBOR
100
2.
N25-KOK LANAS
580
3.
N36-BUKIT BUNGA
348
4.
N38-KUALA BALAH
1,381
5.
N43-NENGGIRI
2,090

KELANTAN mempunyai 45 kerusi DUN dibawah 14 kawasan parlimen yang mana UMNO/BN hanya memenangi 6 kerusi DUN sahaja pada PRU12 yang lalu dan 1 kerusi dimenangi pada PRK N45 Galas.PAS yang telah memerintah Kelantan lebih dari 20 tahun.Sekali lagi PAS akan kekal memerintah Kelantan selepas PRU13 nanti dengan pertambahan 5 kerusi , UMNO/BN akan hanya mempunyai 1 kerusi sahaja iaitu N44 Paloh.PAS dengan 44 kerusi dan UMNO/BN 1 kerusi.
       

DUN-TERENGGANU
MAJORITI
1.
N4-HULU BESUT
2,453
2.
N5-JABI
804
3.
N8-BATU RAKIT
1,486
4.
N9-TEPUH
430
5.
N10-TELUK PASU
462
6.
N11-SEBERANG TAKIR
2,430
7.
N14-BANDAR
1,142
8.
N17-ALUR LIMBAT
799
9.
N20-PENGKALAN BERANGAN
930
10.
N23-KUALA BERANG
1,592
11.
N25-BUKIT BESI
2,492
12.
N26-RANTAU ABANG
790
13.
N28-PAKA
344
14.
N29-KEMASIK
2,118
15.
N31-CUKAI
769

TERENGGANU mempunyai 32 kawasan DUN dengan 8 parlimen UMNO/BN memenangi 24 kerusi DUN pada PRU 12 dan PAS memenangi sebanyak 8 kerusi..Sekiranya PRU13 pertambahan kerusi sebanyak 15 lagi kepada PR dan kerusi yang dimenangi oleh PAS pada PRU12 kekal ini akan menjadikan PR mempunyai 23 kerusi dan UMNO/BN hanya dapat bertahan dengan 9 kerusi sahaja.Terengganu dijangka akan jatuh lagi sekali ketangan PR.
                            

DUN-PULAU PINANG
MAJORITI
1.
N1-PENAGA
1,231
2.
N4-PERMATANG BERANGAN
1,985
3.
N5-SUNGAI DUA
535
4.
N6-TELOK AYER TAWAR
1,470
5.
N10-SEBERANG JAYA
533
6.
N21-SUNGAI ACEH
250
7.
N38-BAYAN LEPAS
399
8.
N39-PULAU BETONG
294
9.
N40-TELOK BAHANG
465

PULAU PINANG mempunyai 40 kerusi DUN dan 13 kawasan parlimen .Agak sukar dan susah untuk UMNO/BN  merampas kembali P.Pinang dari DAP.Pada PRU12 Cuma UMNO sahaja yang memenangi kerusi Dun di 11 kawasan.Manakala parti gabungan dari BN semuanya tewas.Besar kemungkinan UMNO hanya mampu bertahan dengan hanya 2 kerusi sahaja itu pun dikawasan yang dikenal pasti sebagai pengundi Umno karak biru.iaitu kawasan DUN N2-Bertam dan N3-Pinang Tunggal dibawah Parlimen Kepala Batas.

Tranungkite Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.