Followers

Wednesday, September 7, 2011

Siapa Khalid?......kenapa Khalid?... Siapa JAIS?

Siapa JAIS?

'JAIS' adalah Jabatan Agama Islam Selangor.

Siapa Khalid?

Di Selangor ada dua orang Khalid yang menjadi 'modal' ameno......mereka berdua menjadi 'hitman'......sorang Khalid Samad Timbalan Persuruhjaya PAS Selangor merangkap AJK PAS Pusat dan sorang lagi ialah Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor.

Apa berita yang menggemparkan negara sehingga ada keperluan meletakkan berita itu di muka hadapan penuh?

Beritanya hanyalah nak menceritakan bahawa si Khalid (Samad) telah menyampaikan ceramah tanpa tauliah.

Tetapi kenapa sampai mengambil slot muka depan dalam akhbar yang paling berpengaruh di kalangan Melayu totok ameno?

Biasanya slot muka depan kalau berita-berita yang senasib dengan Khalid ialah ajaran sesat Ayoh Pin, 'Rasul' Melayu, ajaran Syiah, Tareqat songsang dan sebagainya......apakah Khalid setaraf dengan ajaran sesat? Betapa hinanya Khalid dikacamata pencacai ameno.

Walaupun al-brangi dalam banyak hal tidak sependapat dengan Khalid tetapi dalam hal ini kalau ada sesiapa yang kata 'yes' bahawa memang si Khalid setaraf dengan ajaran sesat.....maka saya berani mengatakan kepada mereka hang sila balik ke rumah, tilik diri sendiri dalam cermin dulu......kalau tak nampak apa-apa perbezaan.....sila kencing dalam tempurung dan renung wajah anda.....ada nampak tanduk tak?

Ini semua tiada hasrat lain meliakan niat dan tujuan pencacai ameno hanya dan senya nak menjatuhkan karier politik si Khalid dan memperendahkan parti yang diwakilinya iaitu PAS.

Ameno amat terdesak merampas kembali Selangor daripada Pakatan Rakyat. Sekarang kalau ada apa-apa berita daripada sekecil-kecilnya sehingga yang paling besar nescaya akan dapat coverage di front page......betapa murah dan tidak beretikanya suara pencacai ameno ini.

Katakanlah ada mana-mana pemimpin PAS atau Ustaz yang terkentut selepas memberi salam kedua semasa bersolat, nescaya akan terpampang di muka hadapan 'suara pencacai ameno' dan akan diulangtayangnya bermalam-malam dalam TV pencacai mereka......selepas itu akan muncul penganalisa dan profesor kangkung serta pakar motivasi yang akan menjual 'air-liur basi'nya mengutuk dan memperpanjangkan isu kentut tadi.

al-brangionline;

ameno perlu di'tunduk'kan dalam PRU13 akan datang......hukumnya bukan setakat 'JAIS' (harus) lagi tapi ia sudah sampai ke peringkat 'MESTI'......kalau disebut wajib ooopppsss iatu salah....itu hanya majlis fatwa je yang berani sebut, itu pun kalaulah mereka ada berani.....apa macam? ..ada berani ke?

p/s

Aku hanya berani menfatwakan kepada perut aku bila lapar wajib makan.....hu hu hu [sumber .]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.