Followers

Friday, September 16, 2011

Rupanya Ini Sifat Zaharin Rupanya sudah jadi perangai dia, menghentam dan mencium.

Dulu saya adalah pengunjung setia blog dia. Tetapi setelah dia mencium tangan Pak Lah ketika di Sabah, setelah menghina dan menghentam Pak Lah maka saya tidak lagi menghormatinya.


Saya tidak lagi berkunjung ke blognya.

Saya C&P dari blog Cucu Tok Selampit


Zaharin Mohd Yasin aka Sang Kelembai Wajar Dipecat Dari UMNO ... Sekali Lagi


Penulis seboleh-bolehnya tidak mahu menggunakan blog CTS untuk menghentam rakan-rakan Bloggers. Namun apabila telunjuk mencucuk mata dan kelakuan melampaui batas dan adab keMelayuan, mahu tidak mahu, Penulis terpaksa menegur dan mengkritik waima rakan-rakan sendiri.

Blogger dan pemimpin UMNO yang penulis maksudkan adalah Zaharin Mohd Yasin atau lebih dikenali sebagai Sang Kelembai. Beliau merupakan Setiausaha Bahagian, Bandar Tun Razak dan juga merupakan Setiausaha Barisan Nasional bagi bahagian yang sama.

Bagi generasi baru yang kurang mengenali beliau, Zaharin Mohd Yasin atau Sang Kelembai adalah antara blogger terkenal yang terlibat dalam "gerakan" maya untuk menjatuhkan Perdana Menteri pada masa itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi atau Pak Lah. Sang Kelembai di dalam penulisan di blognya menghentam hebat kepimpinan Pak Lah. Malah beliau antara blogger pertama yang menggelarkan kepimpinan Pak Lah sebagai "Kerajaan Tiga Beranak". Zaharin juga merupakan ahli blogger UMNO yang pertama dipecat keanggotaannya dari parti.

Namun beza Zaharin dengan kami semua, blogger-blogger yang lain adalah bilamana beliau dikecam hebat oleh rakan dan lawan apabila beliau telah menunjukkan sikap "berlembut" dengan kepimpinan Pak Lah, berbeza dari apa yang ditulis di dalam blognya, sehingga beliau sanggup mencium tangan pemimpin yang dikecamnya. Ramai yang membuat persepsi sendiri mengenai perkara ini termasuk juga penulis, namun persepsi tinggal persepsi. Tiada bukti dapat kami kemukakan.



Hari ini, setelah beberapa lama kembali ke dalam UMNO, Zaharin telah membuat perangai lamanya kembali. Kini, beliau kembali mendendami pemimpin UMNO nombor dua, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin. Beberapa "posting" di dalam ruangan sosial Facebook nya terang-terang menyerang peribadi dan kepimpinan Tan Sri Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri. Beliau juga berkali-kali telah mencuba melaga-lagakan di antara Datuk Seri Najib dan Timbalannya itu.

Penulis tidak pasti apakah sebab utama yang menyebabkan Zaharin berpatah arang berkerat rotan dengan Tan Sri Muhyiddin sehinggakan beliau sanggup mengelarkan dengan perbagai gelaran seperti "penyamun besar" dan "anak paria". Penulis tidak dapat menerima penghinaan yang begitu hebat terutama dari Zaharin, seorang ahli UMNO dan pemimpin bahagian. Penulis tidak pasti di manakah ketidakpuasan hati beliau bermula. Namun Penulis mengagak ketidakpuasan hati beliau bermula apabila beliau tidak lagi disambung jawatannya sebagai Setiausaha Bahagian Bandar Tun Razak. Hari ini merupakan hari terakhir beliau memegang jawatan tersebut.

Sebagai seorang ahli UMNO dan pemimpin bahagian, Zaharin mempunyai saluran yang cukup untuk menyalurkan ketidakpuasan hatinya melalui saluran parti. Kenapa beliau tidak melakukan sedemikian? Sebaliknya, beliau menggunakan medium sosial awam untuk menghentam malah menghina kepimpinan UMNO, terutama Timbalan Presiden sendiri. Tindakan Zaharin mungkin ada motif "memeras ugut" kepimpinan parti seperti mana beliau lakukan ke atas Pak Lah. Mungkin, saya tekankan mungkin dengan kaedah peras ugut ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan terpengaruh seperti Pak Lah dan akan kembali mengutip Zaharin.

Jangan ada yang terkejut, suatu hari nanti kita akan lihat Zaharin akan mencium tangan Tan Sri Muhyiddin pula. Sejarah selalunya akan berulang. Apapun, buat sementara ini, saya mencadangkan agar tindakan disiplin yang keras dikenakan ke atas Zaharin Mohd Yassin ke atas tindakan yang beliau lakukan terhadap kepimpinan parti. Perlu ditekankan, UMNO tidak memerlukan seorang pemeras ugut, orang yang 'hadap'kan jawatan, seorang penjilat ludah sendiri dan pengampu di dalam parti. Di bawah saya lampirkan "posting-posting" keterlaluan beliau yang saya maksudkan:











No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.