Followers

Tuesday, September 20, 2011

Polis tembak mati empat lelaki di Ipoh, dipercayai warga asing !!

Polis menembak mati empat lelaki dipercayai warga asing dalam satu kejadian berbalas tembak di Jalan Changkat Larang, Pengkalan di Ipoh, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, ACP Najib Mohamad berkata, kejadian berlaku pada pukul 9.30 malam tadi apabila empat lelaki itu yang menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira cuba melarikan diri apabila dihampiri polis.

"Semasa kejadian polis sedang melakukan rondaan di kawasan Menglembu apabila melihat empat lelaki itu dalam keadaan mencurigakan dan apabila dihampiri, mereka memecut laju ke arah Pengkalan", katanya ketika dihubungi hari ini.

Empat penjenayah itu mati ditembak semasa berbalas tembak dengan anggota polis selepas kenderaan yang dinaiki mereka tersekat di satu jalan mati di Changkat Larang.

Polis turut menemui sepucuk pistol, empat bilah parang, dua komputer riba, dua buah telefon bimbit dan beberapa pakaian dalam kereta penjenayah tersebut.

Siasatan juga mendapati kereta yang digunakan mereka adalah kenderaan curi yang dilaporkan hilang di Ipoh minggu lalu.

- Bernama


Komen :


Syabas diucapkan kepada Polis Perak - Satu kejayaan yang boleh dibanggakan.


Zakri Ali Rangkuti
BATU GAJAH
Perak.

1 comment:

  1. Ramai warga asing jadi penjenayah kat Malaysia. Yang selalu minta sedekah konon nak bina rumah anak yatim kat Pakistan tu pun patut ditangkap sebab menipu. Yong sendiri pernah jadi mangsa warga asing. Duit Yong RM700++ hilang dikebas warga asing Pakistan. So tak payah simpati kat demer. Pakistan mampu buat senjata nuclear, tapi bela nasib rakyat tak mampu. Datang negara orang jadi penjahat.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.