Followers

Thursday, September 8, 2011

Panas: PAS Terengganu Dedahkan Ribuan Warga Asing Myanmar Di Kenal Pasti Tersenarai Sebagai Pengundi Pilihan Raya Umum Ke-13 Di Negeri Itu !

KUALA LUMPUR, 8 Sept - Ribuan warganegara asing dengan 5,006 orang daripadanya dikenalpasti warganegara Myanmar telah disenaraikan sebagai pengundi oleh SPR untuk mengundi di Terengganu dalam PRU Ke-13 nanti. 


Daripada angka itu, seramai 2,272 orang akan mengundi dalam Parlimen Kemaman, manakala 1,979 orang akan mengundi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal yang diwakili Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said bagi pihak BN. Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut (foto) menjelaskan, data tersebut telah dikesan oleh pihaknya sepanjang tahun ini dan ia membuktikan betapa kotornya permainan politik para pemimpin Umno BN. 

Menurut beliau, dengan angka tersebut, Parlimen Kemaman dan DUN Kijal sudah boleh dimenangi oleh BN dengan mudah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti dengan hanya menjadikan warga Myanmar sahaja sebagai pengundi. Katanya, dengan itu, kemenangan yang diperolehi oleh BN dalam PRU itu khususnya bagi kerusi Parlimen Kemaman dan DUN Kijal adalah kerana warganegara asing dari Myanmar. 

"Sebenarnya PAS Terengganu juga telah dapat mengesan kemenangan BN bagi Parlimen Kemaman dan Ahmad Said di Dun Kijal dalam PRU Ke-13 pada tahun 2008 lalu adalah juga kerana pengundi warganegara Myanmar. "Proses untuk membolehkan warganegara Myanmar itu menjadi pengundi dilakukan di Langkawi, tetapi mereka mengundi di Terengganu. Kini cara yang sama juga turut dilakukan oleh Umno BN bagi menghadapi PRU Ke-13 nanti," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini. 

Selain warganegara Myanmar, menurut beliau,Umno BN turut menjadikan warganegara lain bagi mengundi di pihak mereka di Terengganu dalam PRU Ke-13 nanti. Katanya, jumlah warganegara asing yang akan dijadikan pengundi di Terengganu dalam PRU Ke-13 nanti cukup besar sehingga ribuan orang. Info selanjutnya

[Pendedahan ini memang tidak mengejutkan sebenaarnya, kerana di Pahang senario ini memang sudah lama berlaku. Kebanjiran warga asing dari Mynamar, Kemboja dan Vietnam yang mempunyai kad pengenalan dan berdaftar sebagai pemilih memang sudah tidak perlu diperjelaskan lagi. 

Hanya mereka yang memahami dan mengetahuinya sahaja dapat menilai isu ini. Majoriti mereka berkampung di Parlimen Pekan dan ini diakui oleh sebahagian besar orang Melayu di sana. Mereka bukan sahaja mempunyai rumah, tanah malah bebas ke mana sahaja dengan mendapat perlindungan pihak-pihak tertentu. Syaratnya ialah mengundi BN pada setiap kali pilihanraya jika tidak mahu dihantar balik ke negara asal. 

Fenomena yang berlaku ini membuktikan kepada kita bahawa UMNO BN sanggup menjual negara semata-mata untuk mendapat undi dan terus berkuasa. Pemimpin Melayu UMNO hanya tahu melaungkan omongan kosong untuk membela rakyat, sebaliknya orang asing yang lebih diutamakan sekarang ini. Kami akan membongkarkan lebih banyak lagi maklumat yang kontroversi ini].

Pahang Daily Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.