Followers

Tuesday, September 13, 2011

Nazri: SPRM akan siasat semua laporan ! - Tulisan : Lee Long Hui


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat apa-apa laporan yang dikemukakan kepada mereka, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohd Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan media bagi pihak Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim Mohamed mengenai sama ada siasatan terhadap peguam negara - yang didakwa terlibat dalam kes rasuah melibatkan sebuah syarikat pembinaan - dimulakan.



NONE

"Saya fikir, letakkan begini, apa-apa maklumat atau laporan yang dibuat kepada SPRM, SPRM akan menyiasat tanpa rasa takut atau pilih kasih.

"Saya fikir ini cara yang adil kepada peranan SPRM," kata Nazri (kiri) pada sidang media selepas melancarkan kempen antirasuah melalui teksi di Putrajaya hari ini.

Di bawah Seksyen 29(4) Akta SPRM 2009, Nazri berkata, agensi mempunyai hak untuk tidak mendedahkan apa-apa maklumat apabila penyiasatan sedang berjalan.

Abu Kassim cuma berdiam diri semasa sesi itu.


Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.