Followers

Friday, September 9, 2011

Masih tak puas-puas Pak Tun nih......alahai.....



Ini adalah anugerah yang untuk kesian kalinya.

Masih tak cukup.....masih dahaga.....masih berkehendak.....masih perlahap.....masih laparkan anugerah dan hadiah.....rasa-rasanya boleh masuk dalam Malaysia Book of Records, manusia paling banyak menerima anugerah.

Bagi pihak mereka yang memberi pula, dilihat semacam satu permainan kanak-kanak di Tadika Kemas......aduhai.....ameno...ameno...tak habis-habis dengan budaya meng'ipas'.....membodek sedari zaman Parameswara membawalah ke zaman Ally 'Last-Term' dan BuShah.

Anugerah 'Pemimpin Pejuang Melayu Sejagat' namanya.......pertamanya, boleh mana-mana profesor kangkung sahkan bahawa sipenerima itu keturunan Melayu ke orangnya?......rasa-rasanya sang pemberi pun kurang lebih samalah jugak keturunannya.

Keduanya, boleh sang penganalisa politik dan sang penghayat sejarah dengan hati yang jujur tanpa rasa gementar menyenaraikan segala 'benda' yang Melayu dapat kaut dan segala 'benda' yang Melayu terlungkup hasil per'juang'annya?

al-brangionline:

Sejarah tidak pernah menipu......hanya sang rakus sahaja yang meniarapkan sejarah.

p/s

Tunduklah nafsu kita dengan perbanyakkan zikir kepada yang Maha Penganugerah

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.