Fiza Elite dikritik Peminat gara-gara berpakaian Lucah.
Setelah Penyanyi kelahiran Akademi Fantasia 3 Marsha Londoh mengeluarkan kenyataan meminta maaf atas keterlanjuran beliau memperagakan pakaian lucah, seorang lagi artis didedahkan mengenakan pakaian yang dianggap keterlaluan.
Pelakon dan bekas Anggota Kumpulan Elite iaitu Fiza dilaporkan melalui blog-blog hiburan memperagakan pakaian skirt yang terlalu singkat yang boleh dianggap berbentuk lucah.
Menurut salah sebuah Portal Hiburan 'Berita Sensasi', gambar ini telah dikirimkan melalui email oleh individu yang tidak dikenali.
Pendedahan yang disiarkan baru-baru ini mendapat kritikan dari kalangan masyarakat termasuklah peminat-peminat beliau sendiri.
Rata-rata menganggap Fiza Elite yang dikenali ramai sewajarnya mempamerkan imej yang bersesuaian dan tidak melampaui batas dan bercirikan ketimuran dan Agama Islam itu sendiri. Ianya juga didakwa sedikit sebanyak mencemar imej Industri Hiburan Tanah Air.
Reaksi turut disuarakan masyarakat melalui laman sosial Facebook yang menganggap pendedahan ini tidak mengaibkan, akan tetapi salah satu cara efektif sebagai pengajaran agar golongan artis di Malaysia lebih berhati-hati dalam memperagakan pakaian mereka.
Setakat ini, Fiza tidak mengeluarkan sebarang kenyataan balas berhubung perkara tersebut.
KL Pos
KL Pos
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.