"Jabatan Penerangan dan jentera kami sudah bersedia. Sebenarnya, ia telah menjadi amalan kami sejak sekian lama bahawa apabila satu pilihan raya umum berakhir, kami menyiapkan jentera bagi pilihan raya akan datang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Merakyatkan Seni Budaya Kenduri Daun Pisang" di Sekolah Tamil Bestari Jaya dekat sini, Sabtu.
Program itu dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Selangor dengan kerjasama Komuniti Bestari Mukim Ijok. - mStar.
Inilah salahlaku yang Umno BN buat sejak merdeka lagi. menggunakan jentera kerajaan sebagai jentera pilihanraya parti.
Kalau sebelum ni kita cuma tengok aksi 'CELAKA' depa masa pilihanraya tapi kali ni Timbalan Menteri sendiri mengaku menggunakan Jabatan Penerangan sebagai jentera pilihanraya untuk Umno BN.
Mana boleh gunakan Jabatan Penerangan sebagai jentera pilihanraya. Depa-depa ni dibayar gaji guna duit rakyat bukannya duit Umno BN.
Tak kira la kerajaan nama pun, kerajaan pusat atau kerajaan negeri. Tak kira kerajaan negeri yang sebelum pilihanraya ditadbir oleh BN atau PR. Sama saja, semua jentera kerajaan memang tak boleh diguna sebagai jentera parti.
Kalau setakat kakitangan Kementerian Penerangan nak buat kerja untuk Umno masa kempen pilihanraya memang takdak masalah, cumanya depa tak boleh buat kerja sebagai kakitangan kerajaan tapi kena buat kerja sebagai individu. Dan tentunya depa tak boleh berkempen masa waktu bekerja dan tentunya tak boleh gunakan segala kemudahan jabatan untuk berkempen.
Masalahnya, kerja buat macam tu memang dah lama diamalkan oleh Umno BN. Tambah-tambah masa PRK, memang sangat-sangat jelas nampak seluruh jentera kerajaan berkampung di kawasan pilihanraya buat kerja untuk Umno BN. Bukan setakat kakitangan kerajaan, kemudahan jabatan malah dana kerajaan digunakan secara terbuka tanpa berselindung.
Pasai tu la Bersih 2.- antara tuntutannya adalah:
TUNTUTAN 6 : Kukuhkan Institusi Awam. - Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan digunakan untuk kepentingan perti yang memerintah.
Dalam keadaan yang jelas macam tu pun pemimpin Umno BN dengan tak malu dakwa pilihanraya di Malaysia ni berjalan dengan adil. "Macam yang selalu Mat Sabu kata masa secaram sebelum-sebelum ni "Adil kepala hotak depa macam tu."
Cenangau Daunkari
source: http://cenangau.blogspot.com/2011/09/ingat-jabatan-penerangan-tu-bapak-depa.html#ixzz1YvTslrho
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.