Followers

Friday, September 16, 2011

Gempar : Kadi kena tangkap khalwat?

Sehari dua ini kita digemparkan dengan berita seorang Kadi @ Pegawai Agama ditangkap khalwat di negeri Melaka ini. Saya mendoakan agar berita ini tidak benar kerana ianya jelas memalukan umat Islam jika ia benar.


Mana tidaknya jika benar, di mana kita hendak letakkan muka kerana Kadi ialah seorang yang berilmu yang sering memberikan nasihat kepada sesiapa sahaja yang mempunyai masalah berkaitan dengan agama.



Saya mengharapkan Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Ustaz Rahimin Bani menafi atau  mengesahkan berita ini kerana ianya penting bagi menjaga kesucian Islam. Kalau ianya tidak benar maka pihak yang menabur fitnah mesti didakwa kerana menabur fitnah. Kalau ianya benar ia merupakan suatu peristiwa malang bagi negeri Melaka setelah berlakunya penyelewengan dalam wang zakat kerana digunakan untuk buat bangunan kini Pegawai Agama @ Kadi pula didakwa melakukan khalwat.

 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.