Sejak beberapa bulan ini Nazir Abdul Razak anak bongsu kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak sangat sibuk. Beliau yang juga adik kepada Perdana Menteri Najib Tun Razak dilihat sebagai harapan apabila berurus niaga.
Walaupun masih diselubungi bayang ayah dan abangnya yang terkenal, beliau tidak pernah leka. Beliau tidak boleh dikatakan pengurus bank yang berjaya atas usaha sendiri kerana tidak perlu bermula dari bawah, namun pengetahuannya dalam dunia kewangan dan visi pengurusannya memang dicemburui ramai pengurus bank ternama dalam negara dan ada yang iri hati dengan penghormatan dan anugerah yang dimilikinyaPada 2006, Nazir digelar tokoh Asia ke- 50 yang paling terpengaruh bagi abad lalu oleh FinanceAsia. Beliau juga dinamakan “ Execuitive Terbaik di Malaysia” oleh Asiamoney untuk dua tahun berturut-turut. Beliau kemudian bekerja dalam jabatan penasihat korporat untuk Commerce International Merchant Bankers Berhad dalam tahun 1999 dan kini menjadi director pengurusan dan ketua executive CIMB Group, salah satu institusi kewangan terbesar di Malaysia.
Pengaruh Nazir dalam landskap ekonomi memang tidak disangkalkan, sama ada secara persendirian atau dikaitkan dengan abangnya. Selepas menjadi Perdana Menteri, langkah pertama Najib adalah untuk meningkatkan charge service untuk pemegang kad kredit. Ini telah mengakibatkan Najib dikecam oleh pengkiritik beliau yang mengatakan langkah ini untuk menguntungkan adiknya dan orang-orang ternama dalam dunia perbankan dimana dipercayai PM yang dipalit korupsi ini teringin untuk berkenalan. Dalam kata lain Nazir boleh dikatakan penasihat tidak rasmi Najib dalam urusan kewangan Malaysia.
Dalam minggu-minggu yang lalu, Umno dikritik hebat apabila MAS dan Air-Asia bertukar saham. Jelas sekali pertukaran itu adalah hal ehwal keluarga UMNO, persoalannya kini, siapa bakal mendapat habuan yang lumayan daripada perjanjian ini. Malah yang menguruskan penukaran ini tidak lain adalah dari keluarga sendiri, tidak lain tidak bukan Nazir Razak. Syarikat beliau adalah penasihat bagi urus niaga yang penuh dengan kontroversi ini apabila sebulan yang lalu Khazanah Holdings Bhd meniagakan 20.5% saham Malaysia Airlines untuk 10% saham AirAsia dan bersetuju untuk membeli 10% saham AirAsia X’s untuk harga yang belum ditentukan. Air Asia yang kini sedang berhutang kelililng pinggang dan Mas yang telah lama ditubuhkan mempunyai banyak aset tetap. Perjanjian ini dilihat sebagai tidak adil dan ramai pekerja MAS membantah namun dengan kawalan media BeEnd, proses ini secara bijak ini disifatkan sebagai “perjanjian kerjasama”.
Urus niaga antara MAS dan Air Asia menimbulkan banyak kemusykilan kerana ia tidak banyak diterima akal dalam arena perniagaan yang sebuah syarikat besar milik kerajaan untuk membenarkan sebuah syarikat kecil menjadi watak utama dan menerima bahagian yang besar. Dalam kata lain urus niaga antara MAS dan Air Asia adalah suatu pengambil alihan dimana Air Asia mempunyai kata muktamad dalam prinsip aset nasional.
Walaupun AirAsia adalah dari Malaysia dan ketuanya Tony Fernandes namun niat baik dari kerajaan persekutuan atau lebih tepat Menteri Kewangan yang diteraju oleh Najib menimbulkan banyak kemusykilan.
Walaubagaimanapun Najib telah membenarkan perkara sedemikian berlaku dan menyangkal fakta yang pembayar cukai telah menyumbang berbillion wang ringgit tahun demi tahun untuk manyelamatkan MAS yang di ambang bankrupsi. Bukan itu saja, beliau juga mangarahkan supaya GLC yang lain untuk berhenti mangambil tindakan undang-undang keatas bekas pengerusi Tajudin Ramli yang memang terkenal sebagai kroni bekas Perdana Menteri Tun Madey dan bekas Menteri Kewangan Daim Zainuddin.
Bagi Nazir, berapakah keuntungan yang berjaya dikaut diatas urus niaga ini? Maklumat ini sudah semestinya sulit, akan tetapi ia telah membuka jalan untuk “ perjanjian kerjasama” antara Sime Darby yang mengambil alih 30% saham dalam E&O dengan harga RM 766 juta.
Perjanjian Sime Darby-E&O sudah pun banyak menimbulkan kesangsian apabila pengerusi E&O, Azizan Abdul Rahman yang merupakan suami Zainah Anwar, ketua pengawal industri pengawalan Komission Sekuriti. Azizan juga mempunyai hubungan erat dengan usahawan Umno Kalimullah Hassan, yang mempunyai saham saham dalam ECM Libra. Empat bulan selepas perjanjian Sime-E&O, ECM Libra menggandakan saham mereka kepada 5.35% atau 41.41juta selepas berjaya mendapat keuntungan tambahan sebanyak 3.4 juta pada bulan Mei.
Perkara ini sudah semestinya diketahui oleh media perdagangan dan Umno juga telah menyuarakan rasa tidak puas hati. Adakah Azizan memberitahu Kalimullah tentang niat Sime Darby untuk membeli E&O? Dalam Umno, Kalimullah yang juga bekas ketua kumpulan NSTP adalah penyokong setia bekas Perdana Mnteri, Abdullah Badawi dan anak menantunya Khairy Jamaluddin.
Tidak boleh dinafikan bahawa politik dalaman Umno adalah amat rumit. Ia dipenuhi dengan pengkhianatan dan mempermainkan kesetiaan dan baru-baru ini pulak elite Umno dan kroni mereka sedang membuat urus niaga besar untuk mangaut keuntungnnya. Dan ada lagi projek yang akan datang untuk habuan mereka.
Bagaimanakah Nazir Razak terlibat dan apakah yang beliau berjaya meraih hasil dari hubungan kerjasama yang kedua ini? Blogger Umno, Big Dog lah yang pertama mendedahkan tentang keterlibatan Nazir dalam urusan transaksi antara Sime dan E&O. Secara kebetulan Big Dog adalah antara blogger yang dipercayai setia kepada puak Tun Madey dalam Umno dan habuannya dirampas oleh rakan sejawatnya untuk menyerlahkan tanggungjawab Nazir dalam perjanjian ini.
Terus-terang dikatakan sebagai jurubank pelaburan, Nazir hanya mampu buat apa yang sepatutnya iaitu hanya memerhati perjanjian orang-orang kaya kepada broker. Itulah sebabnya beliau mendapat gaji yang tinggi oleh pemegang-pemagang saham Umno. Samada perjanjian ini tidak berprinsip dan jika CIMB perlu menasihatkan atau menolak transaksi yang menimbulkan syak wasangka itu adalah satu isu yang berbeza. Walaupun selepas itu telah dibuktikan yang mereka perlu menghadap kuasa undang-undang.
Buat masa ini, dua perjanjian besar yang mempunyai unsur-unsur politik telah dibuat dalam persediaan menanti pilihanraya umum ke-13. Ini telah menyedarkan ramai pihak seperti pembayar cukai, pemegang saham dan rakyat jelata untuk menyedarinya dan meminta jawapan segera dari pihak kerajaan.Elit Umno telah pun mengambil kesempatan keatas kuasa mereka setelah berabad-abad lamanya untuk menguntungkan diri mereka sendiri kini. Peluang ini dipercayai adalah peluang keemasan yang terakhir. Ternyata yang UMNO sedang mengambil peluang untuk menggunakan perjanjian-perjanjian ini keatas satu sama lain.
Apabila perjanjian MAS-AirAsia diungkaikan, ramai yang memihak bekas PM Abdullah Badawi membangkang. Pertalian antara Tajuddin dengan Daim dan Mahatir dan kelemahan MAS didedahkan. Tidak ada lagi perjanjian yang boleh membawa manfaat kepada Abdullah Badawi menerusi Kalimullah kerana blogger-blogger kini sibuk mengutuk perkara yang musykhil dalam transaksi ini dan ini disifatkan sebagai “ menjadi kejam demi kelembutan”.
Mungkin Nazir kurang disenangi kerana caranya yang kurang sopan namun beliau bukanlah target sebenar. Untuk Sime-E&O yang kebetulaan melibatkan tycoon yang mempunyai pertalian dengan Daim dan tun Madey, target utama mereka adalah Najib dan Abdullah Badawi
Najib yang diselubungi skandal sudah bersedia untuk melangkah keluar dari arena politik tanahair. Ini juga untuk memastikan yang pilihan Tun Madey mudah mendapat jawatan dalam Umno dan semua usaha penyokong Abdullah Badawi untuk membolehkan anak menantunya yang bercita-cita tinggi itu mengambil alih akan terbengkalai.
Dalam hari-hari yang akan datang akan berlakunya lebih banyak pendedahan salah laku Najib dan sekutunya, keluarga Abdullah Badawi dan juga puak Tun Madey yang melibatkan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bakal didedahkan. Kini Anwar dan Pakatan Rakyat boleh berehat, musuh politik mereka bakal memusnahkan diri mereka sendiri. Seperti Titanic, kapal lanun Umno bakal tenggelam. Peperangangan dalaman bakal menjadi hangat pada pusingan akhir.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.