Followers

Monday, September 19, 2011

Dakwaan miliki Benz S-Class: Tian tuntut permohonan maaf



Naib presiden PKR Tian Chua hari ini menuntut ketua Pemuda Gerakan Lim Si Pin supaya menarik balik dakwaan bahawa beliau memiliki sebuah kereta mewah bernilai RM800,000 yang jauh melebihi kemampuannya.


Pada sidang akhbar bagi menjawap tuduhan-tuduhan yang dilemparkan terhadapnya, Chua berkata dakwaan bahawa beliau membeli kereta Mercedes Benz S-Class bertujuan memaparkan beliau seorang korup.

"Saya tuntut (bahawa dia) tarik balik sindirannya itu dan serangan peribadi ke atas saya kerana membayangkan bahawa saya terlibat dengan amalan-amalan yang tidak mengikut peraturan dan rasuah," katanya.

Lim, Sabtu lalu, menyindir dan mempersoalkan bagaimana Chua sebagai ahli parlimen Batu dengan gaji RM8,000 sebulan mampu memiliki Mercedes Benz S-Class (kanan) bernilai RM800,000.

NONE
"Mercedes S-class ini tidak wujud dan saya tidak pernah menggunakannya. Apa yang saya gunakan sekarang ialah kereta Mercedes E-Class (bernilai) RM90,000," kata Chua.


Berbekalkan dokumen pendaftaran dan pinjaman, Chua, yang nama sebenarnya Chua Tian Chang, menjelaskan bahawa dia telah membeli kenderaan itu pada April tahun lalu selepas kereta Toyota Camry miliknya terlibat dalam kemalangan.

"Saya beli kereta Mercedes E-series terpakai. Semasa membelinya, kereta itu sudah berusia lebih 10 tahun dan harganya adalah RM90,000. Saya dapat pinjaman dari Public Bank dan setiap bulan saya bayar RM1,368.

"Jadi, saya pasti (jumlah) ini adalah sesuatu yang saya mampu. Sebagai seorang ahli parlimen dan pemimpin nasional PKR, saya (diperlukan) membuat perjalanan banyak dan saya memerlukan sebuah kereta yang stabil," katanya.
 
-malaysiakini-

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.