Followers

Friday, August 12, 2011

Warta Pahang: Ketua Polis Berkata : "Suspek Pembunuhan Wanita Perancis Bakal Di Reman Sehingga 16 Ogos"

KUANTAN, 12 Ogos - Suspek dalam kes pembunuhan wanita Perancis yang ditemui ditanam di sebuah gua di Pulau Tioman ditahan reman sehingga 16 Ogos ini bagi membantu siasatan polis. Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Abdul Ghani (foto) berkata lelaki berusia 36 tahun itu, terlibat dalam perniagaan penyewaan alat menyelam. 


Isnin lepas, polis menemui rangka manusia di Kampung Tekek, Pulau Tioman pada yang dipercayai adalah warga Perancis, Stefanie Foray, 30, yang dilaporkan hilang sejak Mei lepas. Polis juga masih menunggu ujian DNA keluarga Foray di Perancis untuk dipadankan dengan penemuan mayat berkenaan. 

Sharifuddin berkata seorang lagi suspek berusia 44 tahun yang ditahan sebelum ini bagi membantu siasatan, telah dibebaskan. Beliau berkata polis masih teruskan siasatan berhubung kes itu dan meminta sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat supaya membantu siasatan polis.

[Pada 8 Ogos lepas sepasukan polis yang diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC T.Narenasagaran telah menemui rangka mangsa yang dibungkus seperti mumia selain sebuah beg galas dipercayai milik mangsa. Foray dilaporkan pergi ke Pulau Tioman menaiki feri dari Mersing 10 Mei]. 

Pahang Daily Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.