Followers

Wednesday, August 24, 2011

[Wajib Baca] Drama Liwat II: Keterangan Pakar Semakin Mendedahkan Kepincangan Kes Anus Sayfool

 

Saya petik:

Jarang-jarang boleh temui sperma ‘aktif’ selepas 65 jam seks, kata pakar

[TMI] KUALA LUMPUR, 24 Ogos — Patologi forensik dari Australia mengakui kemungkinan boleh menemui kepala sperma pada badan seseorang sehingga satu tempoh selama 65 jam selepas mengadakan hubungan seks, tetapi mengakui
penemuan saintifik tidak boleh bersandarkan pada keadaan yang jarang-jarang wujud.

Dr David Wells, saksi pakar pasukan peguam pembela dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian ketika disoal oleh pendakwa raya mengenai kewujudan kepala sperma selepas 65 jam hubungan seks diadakan, mandi dan membuang air besar.


Peguam Cara Kanan II Datuk Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pasukan pendakwaan memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa ada kajian kes di United Kingdom yang memutuskan penemuan seumpama itu, yang bercanggah dengan dakwaan awal bahawa sperma hanya boleh hidup sehingga 36 jam.

Ketika disoal balas, Dr Well menjelaskan bahawa beliau sedar kes sedemikian.

Bagaimanapun beliau menekankan bahawa ia satu-satunya kes yang beliau tahu sepanjang 30 tahun lalu pembabitannya.

Dr Wells juga berkata beliau juga pernah menguji spesimen sperma selepas 56 jam dan mendapati tiada sebarang keputusan.

“Itu hanya satu kes yang saya tahu di mana adanya (bahan) literatur dalam 30 tahun (lalu). Adakah anda bersandarkan pada satu kes saintifik ke atas premis tunggal?

“Saya fikir kebanyakan daripada kita akan berkata tidak tahu atau tidak memberi pandangan,” kata beliau menjawab Yusof. 

P/s: Aduhai! Siapalah yang rancang skrip drama liwat ini? Skripnya tidak selari dengan fakta sains! Habis terburai!
 
duniacacamarba

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.