Followers

Thursday, July 14, 2011

TUKAR TIUB: LAWAN DAN TERUS MELAWAN

BANGUN DAN LAWAN

nota:
jangan mengundur
lawan lawan dan lawan

NIK AZIZ SOKONG BERSIH 3.0 JIKA TIDAK BERUBAH
– harakah daily

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyokong sekiranya Himpunan Bersih 3.0 diadakan pada masa akan datang demi untuk keadilan dalam pilihanraya.

Menurutnya, pilihanraya adil dan bersih dituntut dalam Islam kerana ianya menyentuh soal kepimpinan negara.

“Sedangkan menjaga diri sendiri juga wajib ikut cara Islam, dengan menikmati semua perkara halal, apa lagi soal mentadbir negara,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung Himpunan Bersih 3.0 sekiranya ia diadakan lagi bagi menuntut pilihanraya adil selepas mempengerusikan mesyuarat exco pagi tadi.


NIK AZIZ SOKONG BERSIH 3.0 – mkini


Menteri Besar Kelantan Nik Aziz Nik Mat menyokong sekiranya himpunan BERSIH 3.0 diadakan pada masa akan datang demi untuk keadilan dalam pilihan raya.

Mursyidul Am PAS itu menegaskan, pilihan raya adil dan bersih dituntut dalam Islam kerana ia menyentuh soal kepimpinan negara, lapor Harakahdaily.

"Sedangkan menjaga diri sendiri juga wajib ikut cara Islam, dengan menikmati semua perkara halal, apa lagi soal mentadbir negara? katanya kepada akhbar internet PAS itu.

NOTA:
 
rakyat memberi spr tiga bulan
untuk melakukan empat tuntutan
empat tuntutan ini tidak memerlukan parlimen
spr boleh melakukannya


1 – hapuskan undi pos
2 – pakai dakwat kekal
3 – bersihkan senarai nama pemngundi
4 - lamakan tarikh berkempen dari 7 hari ke 21 hari

SEMENTARA ITU MENUNGGU TIGA BULAN:

Bersih akan menganjurkan PAKAI KUNING setiap sabtu
semua warga dan kaum kerabat bersih diminta hari sabtu ini

Ini kempen KUNING DIY
lakukan apa sahaja secara berkumpulan dengan memakai kuning:

- berkelah
- main futsal
- minum kopi
- makan dalam restoran
- masak pulut kuning

SABTU INI 3 AKSI:

1 - di restoran lotus state pj jam 8.00
2 - di taman tasek shah alam pot luck - jam 5 – 8 malam
3 - di depan 7 avenue depan klcc – letakkan bunga kuning di tempat dimana arwah baharuddin

nota:
 
jangan lupa ambil gambar
dan hantarkan ke facebook

nota:
 
kota kota lain boleh merancang sendiri
dan hartakan gambar untuk di ketahui umum

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.