Beliau berkata perkara ini adalah masalah yang besar dan meminta semua mangsa tampil membuat aduan agar bukti yang kukuh dapat dikumpulkan.
Beliau menegaskan cara yang digunakan polis adalah tidak bertanggungjawab, satu pencabulan, satu penyalahgunaan kuasa dan bertentangan dengan hak asasi manusia.
Sha’ani turut menyifatkan tindakan polis menahan mangsa yang menyertai Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) merupakan satu pencabulan hak asasi manusia di mana mereka dikumpulkan di Balai Polis Jinjang dan Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol).
Beliau berkata tindakan di sebuah negara mahu seperti itu tidak boleh diterima dan melabelkan seperti orang yang tidak berpelajaran. Beliau menambah, walaupun polis memakai uniform dan lencana, mereka tetap tidak mempunyai hak untuk bertindak kasar ke atas sesiapapun.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.