Menteri yang tak berbudaya tapi kena jaga budaya, Rais Yatim membidas Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim kerana dilaporkan berkata kepada akhbar Indonesia bahawa Malaysia sudah mendekati revolusi selepas perhimpunan aman BERSIH 2.0 Sabtu lalu.
“Kita tidak terima sebarang bentuk revolusi sebab revolusi bermakna juga tumpah darah, perubahan yg membawa kepada pelbagai pihak, Raja-raja Melayu, hak adat istiadat, Islam, institusi Diraja dan dan institusi Parlimen,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet di kementeriannya.
Akhbar milik Umno - Utusan Malaysia - memetik akhbar Indonesia tyang melaporkan Anwar sebagai berkata: “Kita sudah dekat dengan revolusi".
Menurut Rais, perkataan revolusi yang disebutkan ketua umum PKR itu membawa konotasi keganansan, kekerasan dan menggunakan pelbagai alat bagi mencapai tujuan politik sesuatu pihak.
Penjuru terdesak
"Datuk Seri Anwar sudah sampai ke penjuru terdesak dan gabra, boleh saya katakan. Beliau mencari jalan supaya apa yang dianjurkan ini akan mengalih pandangan masyarakat daripada kes-kes yang dihadapi atau tanggungan yang dihadapi dan pada masa yang sama mungkin mahu menonjolkan bahawa beliau mampu membawa revolusi ke Malaysia mengikut telatah yang pernah berlaku di negara lain.

"Tapi saya mengatakan pula beliau tidak akan berjaya sebab niatnya adalah niat jahat atau niat yang tidak mahu mengukuhkan perjuangan menerusi institusi Parlimen," katanya.
Rais juga meminta supaya rakyat berfikir, meneliti dan tidak terus mengikut apa yang disarankan oleh pihak penganjur untuk mengadakan demonstrasi jalanan tanpa tahu tujuan sebenar ia diadakan.
“Jadi pada rakyat, kita harus beritahu, suara majoriti di negara ni adalah suara yangg dipimpin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Dia (Anwar) hanya mewakili satu minoriti, tapi dia guna istilah revolusi, yang sangat bertentangan dengan inistitusi demokrasi di Malaysia,” katanya.
Menurut Rais institusi Parlimen adalah saluran terbaik dan tepatuntuk menyuarakan sesuatu atau membawa pembaharuan kepada perjuangan, undang-undang atau struktur sosial yang hendak dilakukan.
Berwaspada

"Institusi Parlimen lah yang terbaik digunakan oleh beliau (Anwar) dan konco-konconya serta sahabat-sahabat beliau dan tidak menggunakan revolusi seperti yang beliau sebutkan itu. Jika dilakukan juga, maka institusi Parlimen kita akan jadi nombor tiga atau empat," katanya.
Justeru, Rais menyeru agar rakyat di negara ini berwaspada dengan perkataan revolusi yang cuba dibawa oleh Anwar yang disiarkan oleh media luar negara dan tidak termakan dengan angan-angan politik beliau yang boleh merosakkan keamanan dan kesejahteraan Malaysia.
“Mereka (media asing) berjaya kepada sistem sensasi, pihak-pihak yang menyiarkan (berita perhimpunan) di seberang laut, lebih suka memberi satu gambaran, kononnya Malaysia sekarang berada dalam keadaan yang dikhuatiri, sebenarnya tidak.

“Mereka suka lihat ini berlaku dan terima gambaran-gambaran negatif yang membawa perkara negatif yang tak akan menguntungkan Malaysia,” katanya.
Rais juga membidas media di dunia siber yang didakwa memberi liputan perhimpunan Sabtu lalu dengan cara yang tidak berpatutan berbanding media cetak.
“Media cetak sebenarnya beri liputan saya kira berpatutan, cuma yg dikhuatiri apa yg dikeluarkan melalui (media) siber, (tetapi) kita tak boleh pantau semua,” katanya.

shalehudin
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.