PEMIMPIN IBARAT IMAM DALAM SEMBAHYANG
Setiap pemimpin, terutama PM, contohilah imam dalam sembahyang.
Zaman siapa kuat dialah Raja,.seperti zaman silam, dah pun berlalu!
Umno jangan keras hati dan berdegil ! keluarlah dari mimpi !!
Kita wajib mentaati Raja, selagi baginda seorang yang adil dan tidak menzalimi rakyat. Kita wajib mentaati Perdana Menteri selagi beliau seorang yang baik, berakhlak, tidak munafik, tidak kufur atau melakukan kemungkaran !.
Tak ada bezanya seorang perdana menteri dengan seorang imam dalam sembahyang! Dalam sembahyang imam adalah seorang pemimpin, dan makmum pula adalah sebagai rakyat. Selagi imam menjadi imam dengan betul, mematuhi syarat dan hukum, maka seluruh makmum wajib mentaatinya
Sebaliknya kalau imam telah membuat kesilapan atau kesalahan, makmum wajib menegurnya! malah kalau imam menyedari “wuduk” nya terbatal, beliau wajib berundur dari menjadi imam, lalu diganti oleh orang yang berada di belakangnya. Begitulah cara yang telah diajar oleh Islam ! Islam itu benar, Islam itu mudah, cukup mudah. Selagi kita berpegang dengan Islam semestinya patuhi dan taatilah hukum Islam,.. ini termasuklah dalam soal memilih pemimpin!, cara menjadi pemimpin yang sebenar ! dan sikap seorang pemimpin/ imam yang bertanggung jawab!
Menurut akal yang waras rasanya tak salah, kalau rakyat nak berhimpun dimana-mana, demi menuntut hak dan keadilan!. Hak untuk untuk berhimpun dijamin oleh perlembagaan. Hak untuk bersuara dan menegakkan demokrasi sebenar ada dalam perlembagaan, tetapi malang ! kerajaan UmnoBn mentafsir soal hak, keadilan dan demokrasi itu cuma dari sudut pandangan mata UmnoBn sahaja!. Jika ia menguntungkan Umno,.. itulah kebenaran !!
Mereka terlalu taksub! Bangsa Melayu mahu dianggap bangsa termulia di Malaysia! Melayu mesti menjadi “tuan” dan banyak lagi fahaman yang karut marut , hingga sampai ketahap khurafat !! .. antaranya – Hanya Umno saja yang mampu dan berhak memerintah !. MasyaAllah! cukup keterlaluan! Islam tak ajar pun begitu. Nampaknya corak pemikiran mereka (Melayu Umno) tidak berubah ! masih seperti 50 tahun dulu, sedangkan orang Melayu dan rakyat Malaysia amnya sudah pun berubah dari segi pemikiran dan budaya.
Hari ini rakyat Malaysia tak kira apa bangsa sudah hilang kesabaran! Dari awal lagi melalui “BERSIH” mereka sudah pun mengatur langkah demi langkah, berunding, mematuhi syarat dan peraturan. Perdana Menteri. orang yang paling berkuasa di Malaysia sepatutnya membenarkan saja permintaan “BERSIH” untuk berhimpun di stadium secara aman sebagaimana PM pernah berjanji. PM tak sepatutnya menghalang dengan memberi berbagai alasan!!.. Jadi, tak salahlah kalau rakyat berkata PM mungkir janji. PM pembohong !!
Ini yang telah berlaku di bumi Malaysia hari ini!. Pemerintah berkeras hati! angkuh!! Pemimpin nombor satu bersikap dolak dalik, ! hipokrit ! Rakyat terus digula-gula dengan janji manis, rakyat terus-terusan dibohongi !! Namun walaupun rejim BN menghalang,.. perhimpunan “BERSIH” tetap sudah berlaku dan berlalu. Ia berlaku dalam keadaan aman!, tiada rusuhan, seperti yang dimomok-momokkan oleh pihak kerajaan dan polis !
Berbalik kepada soal pemimpin dan pimpinannya,..Mengambil contoh dalam solat walaupun kita kena mengikut imam, tetapi apabila imam melakukan kesalahan, wajib kita menegurnya dan mungkin sampai ke tahap mufaraqah. Begitulah juga apabila hak kita sebagai rakyat dirampas, maka kita wajib menegur pemimpin. Tiada lagi ketaatan apabila pemimpin melampaui batas yang Allah tetapkan.
Inilah perkara utama yang diperjuangkan oleh Bersih 2.0 minggu lalu iaitu meminta dikembalikan hak rakyat yang telah dirampas oleh pemerintah/ UmnoBn.
Inilah perkara utama yang diperjuangkan oleh Bersih 2.0 minggu lalu iaitu meminta dikembalikan hak rakyat yang telah dirampas oleh pemerintah/ UmnoBn.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.