Pembohongan dan penipuan oleh Najib,Hishammudin,pihak Polis dan Menteri Kesihatan dengan menafikan bahawa polis telah menembak gas pemedih mata dan meriam air ke dalam perkarangan Hospital Tung Shin pada 9 Julai lalu dan menafikan semua kekejaman yng telah dilakukan terhadap peserta-peserta Himpunan Bersih 2.0 yng lalu adalah mimpi ngeri kepada seluruh rakyat Malaysia.
Bagaimanakah seorang Perdana Menteri sendiri dan Menteri-Menterinya sanggup berdusta dan menjadi Raja Pembohong No: 1.Gerombolan ini sanggup menipu dan berbohong demi untuk mengekalkan kuasa,jawatan dan wang.
Walaupun beribu-ribu mata telah melihatnya dan beratus-ratus gambar dan video boleh dijadikan sebagai bukti ianya tetap dipandang sepi.Kemunculan bukti-bukti ini membuatkan semua tembelang kerajaan 1Malaysia pimpinan Najib telah pecah berderai.
Penyelewengan demi penyelewengan terus dilakukan oleh Regim Najib demi untuk survival politik mereka.Agensi-agensi kerajaan seperti SPR,SPRM,PDRM dan Peguam Negara diperalatkan sepenuhnya untuk mencabuli kedaulatan undang-undang dan perlembagaan negara.
Kita tidak mahu negara Malaysia tercinta ini terus ditadbir oleh gerombolan Raja Pembohong 1Malaysia ini.Sampai bilakah kita akan terus diperbodohkan oleh gerombolan Raja Pembohong ini??
"Seluruh Rakyat Malaysia Mestilah Bersatu Untuk Menguburkan Regim Pembohong No:1 umPORNO/BeEND"-MAFIABOSS
Saya Petik [MK]:
Para doktor yang menyaksikan tindakan pihak polis di Hospital Tung Shin, bersedia untuk memberi bukti lanjut jika kenyataan yang dikeluarkan semalam disangkal oleh kerajaan.
Bagaimanapun, mereka tidak akan mendedahkan maklumat lanjut mengenai kejadian tersebut sehinggalah kenyataan mereka dicabar oleh pihak berkuasa, kata jurucakap mereka, Dr Sheikh Johari Bux hari ini.
"Jika itu (penafian) timbul, kita akan berbincang sebagai satu kumpulan dan mengambil langkah-langkah yang diperlukan,"
kata Dr Sheikh Johari, seorang perunding obstetrik dan sakit puan.
"Jika tidak, kita akan biarkannya setakat itu," katanya, sambil menambah bahawa mereka hanya akan memberi respons pada "masa yang sesuai" dan di hadapan peguam.
Sheikh Johari berkata maklumat yang mereka ada bukanlah sesuatu yang "rahsia".
Ia juga bukan niat mereka untuk melawan sesiapa, "apa yang kami mahu ialah hanya bercakap benar," tambahnya.
"Apa yang kita minta ialah mereka yang di atas supaya telus."
Kenyataan doktor berkenaan, yang dikeluarkan malam tadi dan ditandatangani oleh 11 pegawai kanan perubatan, mengutuk pihak berkuasa kerana bertindak ke atas peserta perhimpunan BERSIH 2.0 dalam perkarangan hospital tersebut Sabtu lalu.
Perbuatan itu melanggar pengiktirafan universal hospital
sebagai tempat perlindungan.
Ia adalah kenyataan pertama yang dibuat oleh pegawai perubatan berikutan penafian pihak polis dan Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai bahawa polis menembak gas pemedih mata dan meriam air ke dalam perkarangan hospital itu pada 9 Julai.
Selain Sheikh Johari, doktor-doktor lain yang menandatangani kenyataan itu adalah Dr Musa Nordin, Dr Ng Kwee Boon, Dr Ng Swee Choon, Dr Ronald Mcoy, Dr David Quek, Dr Mary Cardozo, Dr Farouk Musa, Dr Mazeni Alwi, Dr Pixie Low dan Dr Steve Wong
sebagai tempat perlindungan.
Ia adalah kenyataan pertama yang dibuat oleh pegawai perubatan berikutan penafian pihak polis dan Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai bahawa polis menembak gas pemedih mata dan meriam air ke dalam perkarangan hospital itu pada 9 Julai.
Selain Sheikh Johari, doktor-doktor lain yang menandatangani kenyataan itu adalah Dr Musa Nordin, Dr Ng Kwee Boon, Dr Ng Swee Choon, Dr Ronald Mcoy, Dr David Quek, Dr Mary Cardozo, Dr Farouk Musa, Dr Mazeni Alwi, Dr Pixie Low dan Dr Steve Wong
Ramai teman2 yang atas pagar dan penyokong umno..sudah beralih kepada Pakatan Rakyat, hanya kerana melihat sendiri Polis mengasari rakyat pada perhimpunan BERSIH 2:0 minggu lalu... "ADA HIQMAH DISETIAP KEJADIAN"...Allahuakbar !
ReplyDelete