Followers

Friday, July 8, 2011

Jakim bidas Bersih Dan Pakatan Menerusi Khutbah Jumaat




SHAH ALAM 8 JULAI : Institusi masjid hari ini sekali lagi digunakan untuk menyerang pemimpin pembangkang dan penganjur perhimpunan aman Bersih menerusi  Khutbah Jumaat.
Teks khutbah terbaru yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)   menuduh  pemimpin-pemimpin berkenaan sebagai pengkhianat kepada bangsa, agama dan negara yang mahu memecah belahkan rakyat dan mengajak mereka bermusuhan dengan pemerintah.
” Sesiapa yang terlibat dan bersekongkol dengan golongan ini sebenarnya telah mengkhianati agama Allah SWT, terpesong daripada ajaran Rasulullah SAW, melakukan dosa yang besar dan menzalimi umat Islam serta keharmonian negara,” menurut teks itu.
Menurut khutbah Jumaat itu, umat Islam wajib memberikan sokongan bulat kepada pemerintah dan jika tidak akan menerima balasan di akhirat kelak.
“Pemerintah adalah pelindung Allah SWT di muka bumi ini, barangsiapa memuliakan pemerintah maka Allah SWT akan memuliakannya,” kata teks yang berjudul Rapuh Perpaduan Runtuh Keamanan.
“Justeru Islam telah menetapkan hukuman yang berat kepada sesiapa sahaja yang cuba memporak-perandakan pemerintah, kehidupan  umat dan kesejahteraan negara.  
Minggu lalu, mimbar masjid di Kuala Lumpur dan Putrajaya mengecam penganjuran perhimpunan Bersih yang akan berlangsung esok menerusi khutbah Jumaat.
Khutbah itu menyifatkan penganjur Bersih sebagai pelampau yang mahu menimbulkan huru hara dengan mengadakan demostrasi jalanan.
Malah khutbah itu mendakwa penganjur Bersih sanggup mencederakan anggota pasukan keselamatan dan menggesa umat Islam memulai perhimpunan itu yang bertujuan menuntut pilihanraya bersih dan adil.
Khutbah itu dikecam oleh pelbagai pihak sebagai usaha terdesak Umno mengheret insitusi masjid ke dalam kancah politik.
Pemimpin-pemimpin pembangkang menegur pihak disebalik khutbah itu kerana menyebarkan pelbagai dakyah bersabit Bersih tanpa sebarang bukti atau hujah yang bernas.
Teguran itu bagaimanapun diketepikan oleh Jakim yang meneruskan serangan terhadap perhimpunan Bersih dan Pakatan Rakyat yang menyokongnya.
Sungguhpun Jakim tidak menyebut Bersih atau PR secara terang, khutbah yang disediakan  mengulangi tuduhan-tuduhan yang sebelum ini digunakan oleh Umno untuk membidas gabungan Bersih dan pembangkang.   
”Hari ini sekali lagi pihak-pihak tertentu cuba meruntuhkan perpaduan yang terbina selama ini. Mereka cuba dengan pelbagai helah dan cara.” kata Khutbah itu.
”Mimbar ingin menyatakan bahawa mereka ini sebenarnya pernah menimbulkan kemarahan umat Islam. Mempertikaikan hak-hak orang Islam serta memperalatkan sebahagian daripada pemimpin yang beragama Islam yang dikaburi oleh keghairahan untuk mendapatkan kuasa,” tambah teks itu.
TVS News

3 comments:

  1. Itu ajelah yg jakeem boleh buat... bab jilat cukup terer... hal2 halal haram makanan utk org Isam pun ko tak settle, hal sembelihan ayam pun ko tak boleh settle... nak sibuk hal org lain... banyak bebenor ustaz2 jilat dan boddoh kat jakeem...

    ReplyDelete
  2. Selain dari tujuan khutbah yang jelas bermotif politik untuk mempertahankan kerajaan yang korup dan zalim terdapat beberapa fakta dari khutbah solat Jumaat tadi banyak yang mengelirukan.

    Setiap nas dari Al-Qur'an dan Hadith bukan saja mengambil kira sudut tektual (khususnya yang bukan bersangkutan dalam ibadah khususiah) , tetapi perlu dilihat dari sudut kontektual. Sudut kontektual ini , jarang diberi perhatian yang natijahnya menjadikan Islam kelihatan tidak sesuai untuk semua zaman dan keadaan dan Islam akan dilihat sebagai agama yang mencintai pemerintah yang korup dan zalim.

    Ini belum dilihat dari sudut Asbabul Nuzul dan asbabul wurud dan pelbagai ilmu yang berkaitan dengan Ilmu Al Qur'an dan Hadith Nabi S.A.W yang berkaitan dengan pemerintah dan rakyat. Perbincangan tentang hal ini akan menjadi panjang. Puak yang menyediakan kutbah ini perlu lebih banyak mengali dari kitab2 para sarjana Islam yang klasik atau yang terkini sebelum menjatuhkan hukuman secara semberono ke atas rakyat(khususnya umat Islam) yang menyokong dan menyertai perhimpunan BERSIH.

    Maaf sahabat, kalau terdapat kesilapan dalam komen ini. Yang benar datang dari Allah dan yang tak benar adalah kelemahan diri saya sendiri.

    Salam dan teruskan perjuangan.

    ReplyDelete
  3. kat msia ni pakai tudung tu harus, tapi pakai baju kuning haram....

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.