Followers

Friday, July 8, 2011

Bersih 2.0 : 10 Ahli Majlis MPKj Mengaku Tidak Bersalah Ditulis oleh Shakira Buang



KAJANG 7 JULAI : Seramai 10 ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang hari ini berikutan dakwaan memakai baju T yang tertera slogan Bersih 2.0.
Bagaimanapun, kesemua mereka mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan itu di hadapan majistret A. Akhiruddin @ Boy Acho.
10 ahli majlis terbabit ialah Razaly Hassan, 59, Zufikar Ali Ariffin, 40, Mohd Mohyiddin Mohamed Mesrah, 40, Lee Learn Eng, 42, Ong Seng Peng, 33, Lee Kee Hiong, 45, Ng Tien Chee, 33, Chandra Mohan a/l S. Thambirajah, 58, Tan Boon Wah, 41 dan Chan
Yeong Hon, 54.
Kesemua mereka didakwa melakukan kesalahan itu di perkarangan Menara MPKJ, Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih, Kajang, Selangor dan didakwa mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pertubuhan 1966 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi dua tahun dan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Akhiruddin membenarkan kesemua mereka diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin setiap seorang dan menetapkan 8 Ogos ini untuk sebutan kes bagi penyerahan dokumen.
Sebelum itu, beliau menolak bantahan awal yang dikemukakan Mohamed Hanipa supaya pertuduhan ke atas kesemua tertuduh digugurkan.
    
Dalam bantahan awal itu, Mohamed Hanipa memetik satu kes undang-undang yang menyatakan bahawa mestilah bertindak dengan adil, mempersoalkan kenapa hanya tertuduh didakwa tetapi tidak yang lain.
Bagaimanapun, Mohd Azahari berkata dakwaan Mohamed Hanipa tidak tepat kerana terdapat kertas siasatan terhadap pihak lain tetapi belum ada keputusan.
   
Beliau juga berkata kesemua tertuduh dikatakan mempromosi satu perhimpunan yang menyalahi undang-undang yang telah menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai dan hakikat itu boleh dilihat berdasarkan lebih daripada 2,000
laporan polis telah dibuat.
Peguam-peguam yang mewakili tertuduh, Lim Lip Eng, K.A. Ramu (mewakili sembilan tertuduh) dan Hanipa (mewakili Razaly) juga memohon mahkamah untuk membenarkan tertuduh dibebaskan dengan bon peribadi atas alasan tiada sebab untuk mereka melarikan diri kerana mereka adalah anggota MPKJ, yang merupakan sebahagian daripada Kerajaan Negeri Selangor.
TVS News

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.