KUALA LUMPUR,: Seorang peserta perhimpunan Bersih 2.0 yang terkena semburan water canon dan gas pemedih mata di KLCC meninggal dunia sekejap tadi. Baharudin Ahmad, 58 tahun, bersama rakan dan keluarganya berkumpul di KLCC terjatuh dan pengsan apabila disembur gas pemedih mata oleh pasukan keselamatan. Beliau yang dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) disahkan meninggal dunia kemudiannya. Jenazah beliau kini dibawa ke rumah beliau kemudiannya di Kelompok Camar, Jalan Ampang Ulu Kelang. Menurut rakan beliau, Suhaimi Long, Baharudin pengsan selepas terkena gas pemedih mata di bawa ke HKL di mana anak perempuan mangsa bertugas di situ sebagai seorang doktor. Isteri belaiu, Puan Rosni Melan ketika dihubungi Harakahdaily berkata, ketika kejadian beliau dan suaminya tidak duduk sekali kerana beliau ke Stadium Merdeka manakala suaminya ke KLCC. "Saya diberitahu, apabila polis menembak gas pemedih mata, suami beliau tidak loarat untuk lari dan duduk di situ. Apabila orang ajak lari baru mereka sedar suami saya sudah tidak sedarkan diri," cerita Rosni yang juga Ketua Wanita Cabang Setiawangsa itu. Suami beliau kemudiannya di bawa ke HKL dan disahkan meninggal dunia di sana. |
Followers
Saturday, July 9, 2011
AL FATIHAH - Mangsa gas pemedih mata meninggal - Harakahdaily
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
al fatihah - Buat isteri dan anak anak arwah, banyak2 bersabar..dan INGAT allah swt MAHA ADIL dan MAHA MENGETAHUI....pasti ada hiqmah disebalik segala kejadian...
ReplyDeleteIni jelas, tanda tanda UMNO/BN akan TERSUNGKUR pada PRU 13...Aminn YaRabalalamin.