Followers

Friday, June 24, 2011

Trio Datuk T Dihadap Ke Muka Pengadilan - Ditulis oleh Hadri Yaziz




KUALA LUMPUR 24 JUN : Mahkamah Tinggi di sini hari ini menyaksikan trio Datuk T yang bertanggungjawab menayangkan rakaman video seks mirip Ketua Pembangkang bakal didakwa.

Seawal jam lapan pagi tadi, kira-kira 50 penyokong mereka hadir untuk memberi sokongan.

Trio Datuk T terdiri daripada ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bekas benhari Perkasa, Datuk Shuib Lazim.

Mereka merupakan individu yang bertanggungjawab menayangkan video lucah secara terbuka kepada wartawan terpilih di hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu.

Ketiga-tiga mereka kemungkinan akan didakwa dibawah Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menafikan bahawa beliau adalah pelaku dalam rakaman video 21 minit itu dan telah membuat laporan polis.
Laporan lanjut menyusul........... 
TVS News

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.