SHAH ALAM :Gaji Pengarah Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB) Che Khalib Mohamad Noh RM1.8 juta tahun lalu, sekali ganda berbanding 2009.
Manakala seorang lagi pengarah eksekutif TNB Azwan Mohd, yang dilantik April 2010, menerima RM755,320.22, termasuk gaji pokok RM457,440.
Sementara gaji minima pekerja TNB pula hanyalah RM750.
FMT memetik Presiden Kesatuan Pegawai Rendah TNB Mohamad Roszeli Majid sebagai berkata TNB hanya menawarkan kenaikan gaji 7.5 peratus dalam rundingan pekerja-majikan yang sedang berlangsung.
Kesatuan meminta kenaikan antara 10 hingga 25 peratus tetapi ditolak oleh majikan. TNB memperolehi hasil RM34 juta termasuk RM4.1 juta keuntungan daripada operasinya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.