Followers

Wednesday, June 15, 2011

Tiba masanya untuk meng-innalillahiwainnailaihirojiun-kan UMporNO !!


Ini bukti UMporNO@BN tak pandai urus tadbir negara. Ini juga merupakan alasan kukuh mengapa kita perlu tanam mereka hidup-hidup dalam lubang kubor.


KUALA LUMPUR 14 JUN : Tindakan Kerajaan Umno-BN memohon belanjawan tambahan RM13 bilion akan memburukkan lagi defisit negara disamping mencerminkan kerapuhan rancangan-rancangan ekonomi yang diumumkan sebelum ini.
Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail peruntukan tambahan itu adalah “luar biasa” kerana ia menunjukkan belanjawan yang dibentang oleh Perdana Menteri Najib Razak sebelum ini hanya bertahan dua bulan.

“Cadangan untuk tambahan belanjawan 2011 ini sudah diura-urakan sejak empat bulan yang lalu. Maknanya belanjawan 2011 hanya boleh bertahan dua bulan saja, Ini fenomena yang pelik , agak luar biasa, ” kata Azan.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussin hari ini membentangkan rang undang-undang itu selepas sesi soalan dan memohon wang tambahan sebanyak RM13,186,713,000.

Terdahulu, Perdana Menteri yang juga menteri kewangan, Datuk Seri Najib Razak pada pembentangan Bajet 2011 telah memohon RM162,805,323,000.

Azan berkata permohonan untuk peruntukan tambahan begitu besar juga menunjukkan pakej-pakej ekonomi kerajaan tidak disokong oleh belanjawan yang betul, sehingga memerlukan lagi suntikan dana baru dalam tempoh singkat.

“Ramai ahli ekonomi berpendapat rancangan-rancangan kerajaan yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri sebenarnya tanpa mengambil kira keupayaan belanjawan, maksudnya program-program di bawah ETP, NKRA. Tidak ada kombinasi yang kukuh di antara pengumuman dan keupayaan belanjawan,” kata beliau.

“Maknanya kepincangan sudah nampak dengan jelas. Bulan dua sudah ada keperluan peruntukan tambahan sehingga ia perlu dibentangkan sekarang,” tambah beliau.

Beliau juga menegaskan kerajaan terpaksa memohon peruntukan tambahan itu kerana meluluskan terlampau banyak projek-projek untuk disogokkan kepada kroni yang memohon.
Azan mempersoalkan keperluan peruntukan tambahan itu jika benar dakwaan Perdana Menteri bahawa Malaysia mendapat suntikan pelaburan luar RM20 bilion yang berupaya menghasilkan RM60 bilion.

Beliau juga melahirkan kebimbangan belanjawan tambahan itu akan digunakan untuk “projek-projek mee segera” yang menguntungkan kroni Umno-BN sahaja.

“Kerajaan sudah memberikan beban kepada rakyat dengan menarik balik sejumlah subsidi, nampaknya ada lain-lain tempat mereka membelanjakan lebih banyak untuk menguntungkan kroni sehingga defisit negara perlu ditambah,” kata Azan.

Beliau berkata peruntukan tambahan RM13 bilion akan memburukan defisit yang sudah pun amat serius, bermakna Malaysia akan terus mengalami masalah imbangan kewangan untuk jangka masa yang lama jika dasar-dasar BN dikekalkan.

Azan berkata kerajaan persekutuan sepatutnya meneladani kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang dalam menguruskan wang rakyat.

“Saya rasa Barisan Nasional menunjukkan ia tidak mampu merancang bajet dengan baik seperti yang dirancang oleh Pakatan Rakyat seperti di Selangor dan Pulau Pinang di mana kita boleh merancang perbelanjaan sehinggakan kita ada baki setiap kali perbelanjaan. Ini kerana kita tidak boros dan tidak ada ketirisan,” kata beliau.- TVS NEWS

Sah... mereka bangang tapi mengaku pandai!! Mereka bukan saja tak pandai bajet duit, tetapi juga, kuat boros dan hanya pandai membazir duit saja. Duit rakyat derang bikin macam duit mak ayah derang jer. Tak cukup.... mintak lagi. Tak cukup mintak lagi. 

Tak der duit, mereka pow duit rakyat. Mereka 'hisap darah' rakyat sampai rakyat hidup tercungap-cungap.
Cer tengok.... bikin laman fesbuk pun sampai RM 1.8 milion. Belanja untuk acara Seniman jer sampai RM100 juta. Hisy.... apa kejadahnya!! Lepas tu, dengan pelbagai ETP dan NKRA-nya ler... tetapi semua rancangan dan program tersebut, indah khabar dari rupa. 

Pulangannya.... masih ????. Labun jer besor untuk tunjuk terrer tapi habuk pun tarak. Belanja jer besor tetapi hasilnya meragui. Yang ternganga rakyat, yang kenyang... puak-puak mereka.

Siut!! Guna duit rakyat buat itu dan buat ini.... tapi kantung negara bukan semakin gemuk tetapi semakin ringan. Yang sarat poket kroni dan proksi mereka. Yang buncit... perut dan tembolok mereka.

Sebab itu kita katakan yang kerajaan UMporNO@BN is a FAILED GOVERNMENT. That's why PRU13 nanti... kita kena vote for change. We can make a difference by VOTING THEM OUT!!

So... what say you people??

Jom kita....
Meng-'innalillahiwainnailaihirojiun'-kan UMporNO@BN!!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.