Followers

Wednesday, June 29, 2011

TERKINI!! Petugas Bersih Ditahan Reman, Mengapa?? TERKINI!!



Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Bakri Zinin mengesahkan bahawa tujuh petugas di pejabat sekretariat Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) di Seksyen 4, Petaling Jaya hari ini telah ditahan polis.

Katanya, ketujuh-tujuh mereka akan dikenakan tahanan reman tetapi beliau enggan menyatakan di bawah seksyen mana mereka akan disiasat.


"Polis juga merampas 314 kemeja T kuning BERSIH, 90 kemeja T jingga dan 136 kemeja T berwarna krim yang dipercayai mempunyai kaitan dengan perhimpunan itu,” katanya.


Sementara itu, menurut Bernama, Polis Selangor mengesahkan serbuan di pejabat berkenaan kerana kaitannya dengan perhimpunan pada 9 Julai.


Serbuan dilakukan kira-kira jam 11 pagi ini diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner (SAC) Mohd Adnan Abdullah dan disertai lebih 10 anggota polis.


Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah ketika dihubungi berkata, dalam serbuan itu, polis merampas beratus-ratus helai baju yang tertulis logo dipercayai berkaitan perhimpunan haram itu.


Katanya, polis akan menyiasat kes itu lebih lanjut mengikut Seksyen 50 (3) Akta Pertubuhan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.