Followers

Friday, June 24, 2011

Senyum Bangga Pejuang Video Fitnah -Datuk T Mengaku Salah

 




Trio Datuk T (dari kanan) Ahli Perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Bendahari Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim hadir di Mahkamah Majistret, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Jumaat berhubung tuduhan menayangkan secara terbuka video fitnah.

Pendakwaan terhadap Shazryl Eskay dan Shuib dibuat mengikut Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan Akta 574 manakala pertuduhan terhadap Abdul Rahim dibuat mengikut seksyen sama yang dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama bagi persubahatan.


Jika sabit kesalahan, semua mereka boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.


Senyum. Mereka senyum dan berbangga menjadi pejuang video fitnah. Agak-agaknya berapa sen yang mahkamah akan mendenda mereka. Penjara?? Tak perlulah fikirkan pasal penjara....

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.