SEGAMAT: Seorang ibu tunggal berusia 54 tahun mendakwa dirogol empat kali oleh adik iparnya yang berusia 48 tahun ketika sedang tidur di rumahnya di Kampung Sungai Gatom, Labis, dekat sini, sejak setahun lalu. (Foto sekadar hiasan)
Kejadian terbaru berlaku di ruang tamu rumah mangsa Sabtu lalu ketika ibu tunggal empat anak itu sedang tidur, jam 2.30 pagi.
Ketika kejadian, mangsa mendakwa baru pulang daripada majlis perkahwinan di Pahang bersama dua adiknya sebelum dia mengambil ubat darah tinggi dan tidur di ruang tamu rumahnya, tetapi terjaga jam 2.30 pagi dan melihat suspek berada di atas badan serta merogolnya.
Mangsa turut mendakwa seperti dipukau dan mungkin kesan ubat darah tinggi diambil menyebabkannya tidak sedar apa yang berlaku ketika kejadian.
Tidak berpuas hati dengan perlakuan adik iparnya itu, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Labis, Ahad lalu sebelum dihantar ke Hospital Daerah Segamat untuk pemeriksaan lanjut.
Perbuatan adik ipar mangsa dikatakan sudah berlaku sejak tahun lalu, namun mangsa takut untuk membuat laporan kerana bimbang diugut oleh lelaki terbabit.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd Majid Mohd Ali, ketika dihubungi mengesahkan kejadian, namun enggan mengulas lanjut kerana kes masih dalam siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya.
Difahamkan suspek yang menetap di Bukit Pasir, Muar dan bekerja sebagai pemandu lori itu ditahan sepasukan polis di Jalan Ibrahim, dekat sini, sehari selepas laporan dibuat mangsa. - Agensi
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.