Saya dan isteri saya, Hendon Jaafar, Naib Ketua Wanita PKR Pahang, sampai di Bandar Seri Jempol jam 2.30 petang dan kami terus ke Masjid Bandar Seri Jempol menunaikan solat, Jamak Zohor dan Asar, selepas solat Sdr Rebin Birham menalipon saya bahawa beliau dan rakan-rakan pimpinan PKR DUN Palong sudah berada di Felda Palong 16 untuk upacara memacakkan papan tanda Ranting PKR Palong 14, 15 dan 16 di pintuk masuk ke gugusan Felda Palong.
Jam lebih kurang 3.15 petang, Dato Kamarul Baharin Abas, Pengerusi MPN PKR Negeri Sembilan bersama-sama dengan YB Chai Tong Chai, ADUN Chuah sampai dan upacara memacakkan papan tanda itu dimulakan.
Selepas upacara itu, kami terus beredar ke Felda Palong 9, untuk Perasmian Pelancaran "Mansuhkan Felda Plantation" dan "Penyerahan Borang untuk menjadi Peneroka Baru", dirasmikan oleh YB Datuk Kamarul Bahrain Abas.
Betul tidak saya sangkai. Kawasan rumah Sdr Salam yang didirikan dengan dua kanopi, tidak dapat memuatkan para hadirin yang begitu ramai.
Apabila dilancarkan Borang Menyertai Peneroka Baru oleh Kamarul Bahrain Abas, peneroka-peneroka dan generasi baru Felda beratur dengan penuh disiplin untuk mengambil borang-borang yang disediakan oleh Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Negeri Sembilan.
Dari sana kami berlepas ke Felda Serting Hilir 7 ke rumah Sdr Karip, Ketua PKR Cabang Jempol yang juga Pengerusi Biro Felda Negeri Sembilan.
Selepas dihidangkan dengan makanan masak tradisi Negeri Sembilan, YB Kamarul Bahrain melancarkan pula Markas PRU PKR Cabang Jempol.
Selepas itu kami pergi ke rumah Ridzuan, Ketua PAS Cawangan Felda Serting Hilir 7 untuk majlis ceramah PR yang telah diaturkan.
Kehadiran peneroka-peneroka (tempatan) begitu ramai dan saya betul-betul merasakan bahawa satu perubahan sudah berlaku di kawasan Parlimen Jempol ini.
Setiap bulan saya datang ke kawasan Parlimen Jempol atas undangan PKR Cabang Jempol, dan saya tidak pernah mengalami kehadiran manusia yang ramai didalam program-program yang dianjurkan.
Ini jelas merupakan satu perubahan yang nyata. Pentingnya, mereka yang hadir itu adalah peneroka-peneroka tempatan dan bukan dari luar.
Malam tadi Sdr Rahman, YDP Pas Kawasan Jempol, Sdr Karip, Ketua PKR Cabang Jempol, Sdr Nazree Yunus, Ketua AMK Negeri Sembilan, YB Chai Tong Chai, Adun Chuah, Sdr T. Kumar, Timbalan Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal, Sdr Rebin Birham, Setiausaha Biro Felda dan Orang Asal, dan dua tokoh PKR Pusat, Dato Fauzi Abdul Rahman dan YB Dato Kamarul Bahrain menghadiri Majlis Ceramah itu.
Saya yang agak demam, batuk dan kehilangan suara tidak tergamak untuk tidak berceramah kerana sudah dkiwar-warkan bahawa saya akan mengupas isu GSA. Mereka sangat berharap.
Maka didalam keadaan suara saya yang tidak begitu keluar, saya berucap juga menerangkan GSA dan kuasa yang ada didalamnya untuk Kerajaan Negeri, yang mana Kerajaan Negeri berkuasa keatas tanah, keatas perlantikan pengurus Felda, pemberian geran tanah dan Felda hanya diberikan peranan didalam bidang pengurusan dan bukan berkuasa keatas tanah dan keatas peneroka-peneroka.
Saya meninggalkan majlis jam 10.30 malam untuk kembali ke Temerloh dan sampai di Temerloh lebihkurang jam 12.30 malam.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.