Followers

Friday, June 17, 2011

Panas!! SKMM Bagi Warning Kat Blog Sabahkini Posted by Addin

 
Saudara Pengarang,

Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ingin memaklumkan kepada pihak tuan bahawasanya pihak kami telah menerima aduan berkenaan kandungan dan komen-komen yang terdapat didalam blog tuan yang mana ada mempunyai unsur penghinaan terhadap inidvidu tertentu dan tidak sensitif terhadap isu-isu agama atau kaum. Maklumbalas yang diterima juga mengulas bahawasanya pihak tuan tidak bertanggungjawab dalam mengawal atau mewujudkan artikel-artikel yang sihat menjadikan laman blog ini sebagai landasan bagi menjatuhkan dan memalukan orang lain.


Dengan ini ingin dimaklumkan bahawasanya adalah menjadi kesalahan di bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM) “sekiranya seseorang yang menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar- mewujudkan apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau menganggu orang lain”.

Oleh yang demikian, pihak tuan juga diminta agar mengambil perhatian yang sewajarnya bagi memastikan topik-topik dan intipati perbincangan yang dibuat di dalam laman forum ini tidak bercanggah sama sekali di bawah AKM serta undang-undang lain yang terpakai di dalam Malaysia.


Sekian, terima kasih.


Bagi Pihak Pengerusi,

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Jabatan Pengawasan dan Pematuhan Kandungan
Pemantauan dan Penguatkuasaan Industri
Suruhanhaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
Off Persiaran Multimedia
63000 Cyberjaya, Malaysia

Tel: +603 8688 8000

Fax: +603 8688 1003
Emel: crd@cmc.gov.my

Addin :

Nampak ketakutan UMNO terhadap suara kebangkitan rakyat terutamanya di media baru. Blog-blog pro PR sentiasa di pantau dan diberi tekanan tetapi blog pro kerajaan Umno BN terus di beri kebebasan sesuka hati untuk mengeluarkan artikel fitnah dan video seks. Blog papagomo dan bigdog sampai sekarang bebas  berkeliaran dan tiada tindakan di ambil terhadap mereka... inilah 1Malaysia Double Standard..

2 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.