Batang hidungnya patah, mukanya cedera parah dibelasah, nyawanya terancam, dia dan dua orang rakannya dikurung dan diugut untuk dibunuh, kad pengenalannya dirampas oleh anak Ahli Parlimen Malaysia (Labuan), Yusaini Bin Datuk Yusof Mahal; tetapi Pendakwa Raya memaklumkan kepadanya mereka kalah dalam perbicaraan di Mahkamah Majistret Labuan dan hanya berjanji akan membuat rayuan.
Demikianlah keterangan ringkas seorang Pengarah Urusan Utara Kita Sdn.Bhd, Hanizam Rasiol Bin Mohammad, 49, (gambar ) bekas rakan kongsi Ahli Parlimen Malaysia (Labuan) Datuk Yusof Bin Mahal yang menyerahkan sahamnya kepada anaknya, Yusaini, sebelum menubuhkan syarikat baru, Labindo Engineering Sdn.Bhd.
“Saya tidak sangka begini balasan budi Yusaini terhadap saya, sedangkan syarikat ini milik saya dan bapa saudara saya, Dato’ Zainol Abidin Abdul Hamid sebelum bapanya, Yusof Mahal menyertai syarikat ini tanpa sebarang bayaran,” ujar Hanizam yang mengakui pernah membantu Yusof Mahal sejumlah RM300,000 ketika Yusof menghadapi masalah kewangan.
Menurut Hanizam, seorang Pengarah Jabatan Kejuruteraan dan Projek Perbadanan Labuan, Ir Ahmad Khir Haji Mohammad turut bersubahat dengan Yusaini kerana berpura-pura tidak mengenali beliau dan sedangkan kehadiran beliau ke mesyuarat tersebut yang hampir menjadi ‘Pintu Kubur’ beliau jika polis lewat sampai adalah atas jemputan Perbadanan Labuan.
Kata Hanizam, Ahmad Khir telah menghantar surat jemputan kepada beliau melalui surat PL/BPK/300-9/304 (38) bertarikh 24 April 2009.
“Saya amat kesal kerana Yusof Mahal menggunakan lesen PKK saya tanpa pengetahuan saya untuk mendapatkan projek ‘Cadangan Kerja Tanah Untuk Tapak Kompleks Komersial Bumiputera, Kompleks Letak Kereta Bertingkat Dan Esplanade Diteluk Victoria WP Labuan’ yang hanya terbongkar setelah projek berkenaan tergendala enam bulan dan Perbadanan Labuan mahu menamatkan kontrak dan menyenarai hitamkan syarikat saya,” ujar Hanizam yang kesal kerana lesen PKKnya telah dibatalkan akibat projek yang diperoleh tanpa pengetahuannya.
Kata Hanizam, Yusaini telah menandatangani dokumen tender berkenaan berharga RM8,199,690 dengan disaksikan isteri Yusaini, Noriza (tiada jawatan dalam Utarakita Sdn.Bhd) tanpa sebarang resolusi mesyuarat dan di luar pengetahuan Hanizam sebagai Pengarah Urusan.
Kehadiran Hanizam dan dua konsultannya menyebabkan Yusaini marah dan bertindak di luar kawalan sehingga menyerang dan mencederakan mereka tanpa belas ehsan, malah Hanizam dan rakannya hampir dibunuh semata-mata kerana ‘mencampuri’ urusan Yusaini.
“Saya tidak tahu apa puncanya saya kalah, tetapi kata Pendakwaraya hanya masalah teknikal, terutama laporan perubatan dan saksi,” kata Hanizam yang kesal kerana Pendakwaraya, Aida Bt Jaafar Mad Ariff daripada Jabatan Peguam Negara sentiasa berdalih ketika beliau meminta salinan keputusan mahkamah dan rayuan yang kononnya difailkan.
Sebelum kesnya dibawa ke Mahkamah oleh Pendakwaraya, Hanizam memaklumkan bahawa Peguamnya, Salehuddin Saidin & Associates telah mengemukakan notis tuntutan sejumlah RM5 juta kepada Yusaini terhadap serangan fizikal yang dilakukannya, tetapi diabaikan.
Akibat daripada serangan ganas tersebut, Hanizam bukan sahaja mengalami trauma, kehilangan pendapatan kerana lesen PKKnya disenarai hitam; malah memerlukan antara RM18,000 hingga RM30,000 untuk membetulkan tulang hidungnya yang patah kerana di belasah Yusaini.

"Saya tidak tahu sama ada saya diwakili Pendakwaraya atau ‘Hanturaya’ kerana seolah-olah berada di Mahkamah Kangaroo,” kata Hanizam dengan nada kesal kerana akibat kecuaian Pendakwaraya, beliau mengalami kerugian yang besar dan menjadi mangsa birokrasi.
Hanizam kesal kerana penjenayah sebenar bebas, sedangkan beliau menanggung penderitaan dan kehilangan segala-galanya termasuk hak untuk mendapatkan perbicaraan yang adil dan gantirugi./ Sabahkini

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.