Followers

Wednesday, June 8, 2011

Panas!! Ahli Parlimen BN Bakal Di Isytihar Muflis

Setelah gagal menyiapkan dua projek penting di Labuan, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Yusof Mahal kini melobi satu projek mega iaitu Pelabuhan Baru Labuan yang bernilai ratusan juta ringgit. 
 
Yusof yang dicadangkan Menteri Wilayah Persekutuan, Dato' Raja Nong Chik bin Datuk Raja Zainal Abidin sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan, kini berhadapan dengan tindakan kebankrapan setelah Mahkamah Tinggi Labuan membuat penghakiman berhubung tuntutan Sub-Kontraktor yang menjalankan Kontrak Membina Pasar Baru Labuan yang diberhentikan Yusof ketika projek sedang berjalan.

Sekalipun Labindo Engineering Sdn.Bhd adalah syarikat yang didaftarkan atas nama Yusof Mahal dan Kasryanto @ Yanto Bin Kasdi, namun Perbadanan Labuan belum memfailkan saman menuntut gantirugi pendahuluan RM4 juta yang telah dibayar kepada Labindo Engineering ekoran kegagalan melaksanakan projek berkenaan dan dalam masa yang sama, Yusof merupakan Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan.

Sebelum ini, Nautika Innovasi Sdn.Bhd (Sub-kontraktor) telah memperolehi perintah penghakiman ekoran Yusof tidak mencabar tuntutan Nautika di mahkamah dan jumlah pampasan akan diputuskan 9 Ogos 2011.

Semakan di Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan CIDB mendapati Lesen PKK Kelas A 1220 A 2003 1133 dan CIDB Gred G7 0120050409-LB103414 yang didaftarkan atas nama Labindo Engineering Sdn.Bhd belum di SENARAIHITAMKAN sekalipun syarikat berkenaan gagal menyiapkan Cadangan Projek Pembinaan Sebuah Pasar Baru Di Atas Sebahagian Lot 8002 Dan 8008 Jalan Bunga Tanjung, Ujong Pasir bernilai RM 24,886,169 milik Perbadanan Labuan yang diperolehi syarikay berkenaan pada 17 Disember 2007.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut menjalankan siasatan terhadap Yusof berhubung kes berkenaan, namun sehingga ke hari ini Yusof belum didakwa di Mahkamah; sebaliknya akan dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan pada bila-bila masa./Sabahkini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.