Followers

Tuesday, June 14, 2011

KDN Tidak Ambil Tindakan Terhadap Ibrahim Ali, Membuat Rakyat Naik Marah !!

Keengganan KDN Bertindak Ke Atas Ibrahim Ali Undang Kemarahan Rakyat
KDN: Tiada tindakan ke atas Ibrahlim Ali isytihar Kristian ‘jihad’

KUALA LUMPUR, 13 Jun — Kerajaan tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap Datuk Ibrahim Ali yang mengisytiharkan “perang jihad” ke atas komuniti Kristian, yang didakwa media Umno baru-baru ini mahu mengambil alih status Islam sebagai agama persekutuan.

“Tindakan hanya akan diambil jika siasatan menunjukkan kata-kata yang dikeluarkan bercanggah dengan undang-undang negara,” kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein dalam jawapan bertulis kepada Lim Lip Eng (Segambut-DAP).

Lim mengemukakan soalan meminta kementerian menyatakan mengapa tiada tindakan diambil ke atas pihak yang mengisytiharkan “jihad” atas nama kaum dan agama.

“Saya mahu kesemua pihak berhati-hati dalam membuat dakwaan sedangkan kesahihannya belum dapat dibuktikan,” kata Hishammuddin.

Dalam satu ceramah awal bulan lalu, Ibrahim memberi amaran kepada komuniti Kristian bahawa beliau akan melancarkan “perang jihad” jika mereka meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam negara ini.

Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas itu berkata, beliau bersedia untuk jatuh atas kenyataannya itu demi mempertahankan maruah Islam.

Bagaimanapun beberapa pemimpin dari Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat membantah tegas terhadap kenyataan tersebut dan meminta agar tindakan dikenakan terhadap Ibrahim.

Ketika itu, Hishammuddin berkata apa yang dikatakan Ibrahim itu tidak mewakili keseluruhan masyarakat Melayu.

Pertikaian antara agama Islam dan Kristian timbul apabila Utusan Malaysia menyiarkan laporan bertajuk “Kristian Agama Rasmi?” pada 7 Mei lalu, mendakwa wujudnya perbincangan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara, sekali gus melantik perdana menteri dari kalangan penganut itu.

Akhbar milik Umno itu juga mendakwa ada konspirasi mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi, usaha didakwa disokong oleh pemimpin-pemimpin DAP.

Bagaimanapun pemimpin DAP dan pemimpin Kristian telah menafikannya. -TMI

Ulasan GB


Kesahihan apa yang dimaksudkan oleh Hishamuddin Tun Hussein?

Kesahihan tentang kenyataan Ibrahim Ali yang telah berkata bahawa beliau akan melancarkan “perang jihad” jika mereka meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam negara ini?

Jika itu yang dimaksudkan maka ia telah terbukti sahih. Kerana Ibrahim Ali sendiri yang membuat pengakuan bahawa kononnya beliau bersedia untuk jatuh atas kenyataannya itu demi mempertahankan maruah Islam.

Apa yang nyata ialah sikap "double standard" KDN di mana orang yang mengeluarkan kenyataan yang terang-terangan mengancam keselamatan negara tidak dikenakan tindakan.

Ini bererti sesiapa pun nanti boleh mengeluarkan kenyataan di atas nama "melancarkan perang jihad" kepada pihak lain secara terbuka untuk mewujudkan suasana tegang. Bagaimana jika satu hari Ibrahim Ali atau sesiapa, jika tidak berpuashati dengan KDN dan kemudian mengeluarkan kenyataan, lancarkan perang jihad ke atas KDN sendiri? Masa itu baru tersentak dan baru akan mengambil tindakan?

Kerana sikap donble standardnya itu, Hishamuddin perlu meletakkan jawatannya.

Jika tidak, seluruh rakyat menjadi saksi bahawa kejatuhan UMNO BN nanti adalah kerana sikap KDN yang berat sebelah, pilih-kasih dan diskriminasi itu.

Kelab Greenboc

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.