KUALA LUMPUR, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini menjelaskan, isu 135 Muslim meninggalkan Islam antara 2000 hingga 2010 adalah tidak benar kerana ia hanya membabitkan isu tidak sah masuk Islam.
Beliau berkata, 135 kes tersebut bukanlah kes Muslim meninggalkan Islam tetapi kes tersebut telah di daftar di bawah kes murtad.
“Sebenarnya tidak timbul soal murtad. 135 kes yang dikatakan keluar dari Islam atau murtad tidak ada. Isu itu sebenarnya mengenai individu yang memohon ingin keluar dari Islam, tetapi mereka tidak sah masuk Islam. Jadi kes itu didaftar dibawah kes murtad,” katanya kepada The Malaysian Insider malam ini.
Jelasnya lagi, “bila orang pergi ke mahkamah, mereka memohon untuk keluar daripada Islam (murtad). Tetapi mahkamah dapati dia sebenarnya tidak sah masuk Islam. Jadi kes murtad itu tidak timbul.”
Jamil (gambar) berkata, terdapat kekeliruan yang berlaku berikutan jawapan yang diberinya adalah jawapan bertulis. - TMI.
Betul ka ada syarat sah masuk Islam, terutama sekali kalau bersangkut dengan isu murtad ni? Bunyi macam something fishy la..
Setau aku kalau nak masuk Islam cukup dengan seseorang tu mengucap 2 kalimah syahadah secara sedar dan dengan rela hati, sah la jadi orang Islam.
Mintak tolong mana-mana ulama' yang profesional atau pun profesional yang ulama' atau sapa-sapa orang kuat 'Dewan Ulama' buat pencerahan boleh?
Lagi satu yang nak kata lawak pun boleh nak kata menyedihkan pun boleh. Menteri ni kata "terdapat kekeliruan yang berlaku berikutan jawapan yang diberinya adalah jawapan bertulis." Masalahnya, jawapan nak bagi tak keliru tu pun nampak gayanya lebih-lebih lagi mengelirukan.
Ustaz sorang ni nak bagitau kita apa sebenarnya ni?
Lagi satu yang jugak mengelirukan aku di perenggan akhir laporan tu di tulis:
Lazimnya, Muslim tidak dibenar meninggalkan agama di Malaysia kecuali dalam kes-kes tertentu seperti yang membabitkan saudara baru. - Ibid.
Yang aku lebih lagi mushkilnya si wartawan MalaysianInsider, Zulaikha Zulkifli ni, tak tanya lanjut ka apa syarat sah masuk Islam yang menteri tu bebelkan tu. Munskil sungguh aku...
Cenangau Daunkari
source: http://cenangau.blogspot.com/2011/06/apa-menteri-yang-jaga-agama-ni-membebel.html#ixzz1POXk3UpY
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete