Followers

Sunday, May 8, 2011

Tidak perlu adakan PRU 13 sehingga 2012 - Dr M

MENGULAS teka teki tentang tarikh Pilihan Raya Umum 13, Tun Mahathir mencadangkan agar kerajaan tidak mengumumkannya sehinggalah sekurang-kurangnya 2012. Kenyataan beliau itu dipetik daripada laporan Malaysiakini hari ini.

Menurut Tun Mahathir, merujuk kepada Pilihan Raya Negeri Sarawak yang lalu, nampaknya Barisan Nasional tidak yakin untuk menang. Maka BN harus melakukan Pilihan Raya di saat mereka benar-benar yakin untuk menang.

Tun Mahathir sempat menyebut pihak yang memainkan sentimen perkauman yang melampau. Katanya "Pada masa ini, mereka yang bersikap perkauman sedang memainkan isu-isu yang menjurus kepada perpecahan rakyat. Anda perlu mengurangkan peranan mereka yang bersifat perkauman dan ekstremis ini. "

Apa yang jelas Utusan Malaysia kini sedang giat memainkan isu-isu perkauman yang extrimist malah turut memainkan sentimen agama yang melampau yang bakal mengundang perpecahan di antara masyarakat. Malah ia dilihat mampu mencetuskan pertumpahan darah seperti yang pernah berlaku pada 13 Mei 1969 di mana pada waktu itu Barisan Nasional kecundang di 5 buah negeri rujuk sini [Agama Rasmi].

Anda boleh lihat dengan mata kepala anda sendiri bagaimana sentimen agama yang dimainkan oleh Utusan Malaysia semalam benar-benar berjaya menaikkan kemarahan orang-orang Melayu terhadap Kristian. Darah pahlawan orang Melayu mendidih untuk berperang dengan orang-orang bukan Islam terutamanya Kristian, rujuk pada ruangan komen di sini [Agama Rasmi]


Kerajaan pimpinan Najib Tun Razak dilihat akan mencetuskan huru hara dan pertumpahan darah di antara rakyat untuk terus berkuasa. Apabila rakyat di dalam keadaan huru hara, maka mereka dengan mudah akan memohon agung mengistiharkan darurat serta merampas perlembagaan negeri-negeri yang bergolak. Kemudian Barisan Nasional akan kembali berkuasa kononnya demi keamanan. Hal ini telah berlaku pada 1969.

Dengan cara itu Barisan Nasional dapat memerintah dalam masa yang lebih lama sekurang-kurangnya sehingga generasi yang terlibat dan trauma dengan pertumpahan darah ini semua kembali ke rahmatullah. Sepanjang tempoh masa itu rakyat akan terus memilih Barisan Nasional kerana trauma jika pembangkang menang lagi maka pertumpahan darah akan kembali tercetus.


Bagaimana untuk mengelakkan perkara ini dari tercetus? Caranya mudah, jangan peduli dengan sentimen kaum dan agama yang dibangkitkan oleh kerajaan melalui Utusan Malaysia, TV3 dan media arus perdana yang lain.

Kaum Melayu jangan cepat melenting, jangan mudah terpedaya dengan dakyah-dakyah bodoh dan bangang daripada kerajaan yang gila kuasa ini. Maka kita tidak akan berperang dan bergaduh sesama sendiri. Jangan peduli juga dengan artikel-artikel serta VCD-VCD berbaur perkauman dan Agama yang anda terima. Itu semua bohong, sengaja nak naikkan darah anda supaya anda mahu berperang dengan orang bukan Islam.

Sayangilah keamanan yang telah kita kecapi ini, jika kita bergolak sesama sendiri maka kuasa luar akan masuk campur dan mengambil alih negara ini dengan pelbagai cara. Hal itu janganlah sampai terjadi di negara kita.


ReJaM© "Ahli politik BN tidak peduli nyawa rakyat, mereka hanya mahukan kuasa... "

Posted by ReJaM©

source: http://milosuam.blogspot.com/2011/05/tidak-perlu-adakan-pru-13-sehingga-2012.html#ixzz1Ljj8Ustn

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.