Followers

Thursday, May 26, 2011

Tidak lebih 4 minit !! - tegas Ketua Polis Negara

SHAH ALAM: “Saya ingin sangat melihat tempoh bertindak kereta peronda polis (MPV) yang pada masa ini ditetapkan tidak melebihi 12 minit dipercepatkan dalam masa tidak melebihi empat minit bagi sesebuah MPV yang berada dalam lingkungan satu kilometer dari tempat kejadian,” kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Beliau berkata, ia adalah satu cabaran yang boleh menjadi kenyataan dan tidak mustahil dicapai jika ada kesungguhan serta komitmen anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diamanahkan menjalankan tugas terbabit.



“MPV barisan hadapan PDRM dan jumlah MPV mencukupi sangat penting bagi membolehkan PDRM meningkatkan kehadiran polis di sesuatu tempat bagi tujuan mencegah jenayah serta menjaga keselamatan orang ramai,” katanya pada majlis penyerahan 10 kereta Proton Inspira 1.8 liter (manual) oleh Proton Holdings Bhd kepada PDRM di Pusat Kecemerlangan Proton di sini, semalam.


Katanya, Proton menjalinkan kerjasama dengan PDRM sejak 1985 bermula dengan model Proton Saga yang dijadikan kereta peronda dan sehingga kini 3,752 model Proton digunakan di seluruh negara sebagai kereta peronda.



Beliau berkata, Proton bersama Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan PDRM turut bekerjasama di dalam menghasilkan prototaip MPV yang diubah suai dengan beberapa ciri tambahan daripada model asas Proton Inspira.



“Program ini dijalankan selepas mengambil kira keperluan PDRM untuk menggantikan 3,647 buah MPV yang mencapai had usia penggantian sejak diperoleh pada 2006,” katanya sambil menambah PDRM memiliki pemandu mahir memerlukan kereta setanding bagi tujuan ‘menakutkan’ penjenayah kian mencabar tugas polis.


http://usezworkshop.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.