Followers

Monday, May 23, 2011

SIAPA YANG MEMACU BN/UMNO SEKARANG ? karangan ~PakKaramu~

 
Merujuk kepada kenyataan Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Mohamad Hata Wahiri (Harakahdaily 11 Mei 2011), "Agenda mingguan akhbar Utusan Malaysia (UM) ditetapkan oleh Biro Politik Umno yang dipimpin oleh Presidennya, Dato’ Seri Najib Razak", terpanggil kita untuk menyorot siapakah yang sebenarnya sedang menasihati Umno-BN ketika ini, hinggalah menjelang PRU-13.

Nampak sangat peranan "terancang" Utusan Malaysia memainkan isu dan provokasi meluapkan sentimen bangsa dan agama di kalangan rakyat. Sebab itulah Islam amat melarang manusia berlebih-lebihan dalam setiap perkara atau situasi kerana akibatnya mendorong kepada ‘salah-guna’. Islam amat menitik-beratkan penganutnya "beramal/ bertindak dengan iman dan ilmu (hikmah) bukan berdasarkan nafsu (yang pasti syaitan turut serta)".
 
Ada kebenaran seperti yang disebut oleh Saudara Hata, "Agenda mingguan yang diputuskan dalam mesyuarat ini (mesyuarat Biro Politik Umno yang bersidang setiap hari Isnin malam), akan disampaikan kepada Ketua Pengarang Utusan melalui pejabat Perdana Menteri.

Utusan akan melaksanakan isu yang diarahkan selama tiga hari sebelum menghentikan sepenuhnya kecuali menerima sokongan kuat daripada pemimpin utama BN".Renungkan, minggu sebelumnya Najib/Utusan membangkitkan isu agar PAS meninggalkan DAP-PR untuk bersama dengan Umno.

Minggu berikutnya pula, MCA mencabar PAS agar menggugurkan agenda Islam sebagai syarat menyertai BN. Dan minggu seterusnya Utusan mencetuskan isu Kristian mencabar status agama rasmi persekutuan dan berhasrat merebut jawatan PM, yang kononnya disokong oleh DAP.


Tujuannya agar rakyat Melayu/Islam khususnya, melihat PAS bercelaru, kerana menolak tawaran Umno-BN tetapi terus bersama agenda DAP. Nampak pada kita dengan jelasnya kesyaitanan perancangan yang diatur mereka. Walau bagaimanapun, syukur kita kepada Allah SWT kerana mengurniakan PAS saf kepimpinan yang beriman dan berilmu dengan bimbingan serta petunjukNya.

Rancangan serta fitnah yang direka ini, amat mirip kepada kucar-kacir yang tercetus di dunia Arab, khususnya Palestin. Adakah kita rakyat Malaysia akan terus diperbodohkan oleh penasihat luar yang dilanggani oleh pengkhianat agama, bangsa dan negara, di mana yuran perkhidmatan mereka dibayar dengan puluhan juta ringgit rakyat Malaysia. 

Nasihat utama serta matlamat mereka ialah agar rakyat Malaysia di adu domba semahu mungkin bagi mengekalkan rejim yang sedia berkuasa yang melanggani mereka. Memang tepat sekali seperti apa yang pernah diberi amaran oleh Nabi Muhammad s.a.w, mafhumnya "bukan daripada kalangan kami mereka yang mengadu-domba dan tempat mereka adalah neraka" (mohon dijauhkan Allah SWT).

Sedar dan bangunlah rakyat Malaysia, kita nyahkan pengkhianat agama, bangsa dan negara serta para penasihat mereka, sebelum keadaan menjadi lebih parah.
 
Pak Karamu

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.