Followers

Saturday, May 14, 2011

Malangnya kita... terpaksa menyusuri politik negara yang paling kotor dalam sejarah negara maupun dunia.

Malang sungguh rakyat Malaysia sekarang ni yang terpaksa menyusuri politik negara yang paling kotor dalam sejarah negara maupun dunia. Rakyat kebanyakan telah dipaksa menjadi saksi pada permainan paling jijik politik negara yang belum pernah disaksikan sebelum ini di mana mana ceruk rantau dunia.

Islam kah negara kita sekiranya pemimpin negara hanya sibuk tentang soal agama rasmi negara tanpa usaha memartabatkan Islam sebenar, Islam sebagai pemerintah bukan Islam diperintah.

Malaysia dah jadi negara cacamarba sekarang ni, negara tunggang langgang yang menyebabkan kebimbangan rakyat ditahap paling tinggi terhadap tahap pemahaman masyarakat yang semakin menipis berhubung agama Islam. Pemikiran rakyat kini dikongkong dengan kejahilan sehingga rakyat terhindar daripada memahami prinsip Islam sebenar.

Pemimpin hanya bercakap tentang soal kosmetik Islam dari mendidik roh roh Islam dalam diri rakyat mereka. Mereka lebih sibuk risaukan negara jadi negara Kristian akan tetapi hukum Qazaf, sumpah (laknat) dan hukum Syarak tidak dipatuhi. Islam hanya di anut setengah dan di sejuk bekukan lagi setengah.

sumber: shalehudin

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.