Followers

Sunday, May 8, 2011

Isu Murtad/Kristian Salah Sultan-Sultan Melayu ? - Posted by Mohd Shubhi

Forum "Islam Tergugat - Apa Tindakan Kita?" baru-baru ini hanya di hadiri oleh tak lebih dari 200 orang, samada publisiti yang tidak menyelusuh dan tak sampai kepada masyarakat umum atau pun memang masyarakat tak mahu ambil peduli dengan isu yangh dibangkitkan.

Salah seorang panel yang berceramah malam itu melontarkan soalan berat kepada insan-insan mulia yang bergelar Sultan yang secara rasmi menjadi ketua agama Islam di negara kita....Tuantu sekalian buat apa? soalnya? Mungkin isu agama adalah isu politik dan para Sultan tak masuk campur hal politik. Baca tulisannya di bawah:


Kemelut kedudukan Islam di Malaysia ~ Ketua2 Agama Islam buat apa?
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Saya kini berada di Dewan Muktamar, Pusat Islam di ibunegara kita. 

Saya lihat tidak sebegitu ramai umat Islam yang hadir pada persidangan PEMBELA ini. Boleh dikatakan tak sampai 200 orang. 

Yang nampak hanya pucuk pimpinan beberapa pertubuhan pertubuhan NGO Muslim. Pihak Muslimah boleh dikatakan tak sampai 70 orang. 

Turut hadir adalah seorang blogger cilik bernama Ahmad Ali bin Karim. Blog adik Ahmad Ali adalah disini.

Rata rata topik perbahasan para panelis adalah tentang kedudukan Agama Islam sebagai Agama Rasmi negara ini tetapi sejak kebelakangan ini terdapat sebegitu banyak cabaran dan serangan terhadap status Islam itu sendiri oleh pihak pihak kaffir terutamanya dari gereja Kristian.

Dato Zulkifli Noordin pun ada juga bersuara tentang bab perundangan yang berkaitan dengan kemelut Islam sekarang.

Saya berpendapat bahawa segala masaalah ini timbul akibat kelemahan Majlis Raja Raja Melayu selaku Ketua2 Agama Islam yang gagal mempertahankan dan membela kedudukan Islam itu sendiri.

Ditambah pula dengan kelesuan Perdana2 Menteri sejak zaman Abdullah Badawi sehingga ke sekarang yang telah membiarkan puak puak Kaffir memperkotak katikkan kedudukan dan hak hak orang orang Islam seMalaysia!

NGO2 Islam cuma boleh berseminar dan bermesyuarat tetapi tak boleh merubah apa apa kedudukan umat Islam Malaysia kerana memang tidak ada sekelumit kuasa.

Mahkamah Sivil pula dikuasai pihak hakim hakim Kristian dan yang lain lain tidak menghormati suara ulama, suara mufti, suara peguam peguam Islam dan mereka sesuka hati menolak bantahan bantahan umat Islam terhadap pelanggaran hak hak masyarakat Islam didalam negara ini.

Sultan Sultan dan Raja Melayu buat apa sejak merdeka lagi?

Apa gunanya Tuanku sekelian mengaku diri sebagai Ketua Agama Islam didalam Malaysia ini tetapi pada hakikatnya tidak berfungsi sekali!

Apa betul ke tidak pendapat saya ini, tuan tuan dan puan puan?

Mana dia suara Sultan Sultan Melayu kita?

Selagi Baginda sekelian asyik mendiamkan diri walaupun Islam diserang bertubi tubi oleh Kristian dan sekutu sekutu kaffir mereka, maka selagi itulah Setan Kaffir akan semakin naik tocang dan tumbuh tanduk untuk mengganyang ummah ini!

Published by MAHAGURU58 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.