Orang yang sama, gaya dan aurat berbeza. Benarlah hidup ini satu lakonan! |
Luahan hati |
DCM ada menyiarkan artikel berkaitan dengan gambar panas artis baharu ini di sini. Kiriman itu masih lagi popular di carta Kiriman Popular DCM. Dalam artikel itu, saya tidaklah "membelasah" artis ini secara langsung, cuma saya menyatakan rasa terkejut dengan aksi berahinya. Sudah tentu kiriman itu membangkitkan juga soal pengajaran dan pelajaran yang wajar diambil oleh mana-mana pihak agar menjaga aurat dan maruah diri, bukan melondehkan segala-galanya demi NAMA dan WANG!
Rupa-rupanya banyak juga jurublog yang "menasihati" artis ini dengan pelbagai cara dan ayat. Kritikan/nasihat itu dijawab oleh pelakon itu di blognya (rujuk gambar skrin di atas). Saya baca artikel/luahan hati artis itu. Nadanya, nada orang yang tertekan. Namun malang, ayat-ayat pendek yang disusun seperti sajak itu tidak berbunyi "keinsafan" walaupun berkali-kali menyebut "...aku salah". Malang! Dalam meluahkan rasa hatinya, sempat juga dia menyindir orang yang menasihatinya. Malang!
Di ruang kolum blognya itu ada sebuah aplikasi yang memaparkan gambar artis itu. Ada gambar yang menutup aurat dan gambar yang tidak menutup aurat. Cuba lihat gambar pada gambar skrin di atas, bertudung hitam, kelihatan manis, cuba lihat pula aksinya sedang berlagak berahi di atas...aduhai!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.