Followers

Monday, May 2, 2011

Dr. Asri pun dah nampak macam pening laa...

Apa ni Dr. Asri...
Nak sumpah ka tak payah bersumpah...
Bersumpah memang tiada paksaan, semua orang dah tau...
Tapi pendirian kita sekarang ni camana... nak sumpah ka tak payah bersumpah...
Hang sendiri yang kata tak setuju sangat dengan sumpah jahil dari trio Umno tuh...
Tapi hang juga yang cadangkan Anwar bersumpah ikut si jahil tu ka...
Perlukah kita merendah diri sebegitu rupa menyelongosri dan bergelumang sama dalam politik kotor dan jijik permainan mereka. Tujuan mereka mereka ini hanya lah untuk melambatkan larian kita ke Putra Jaya saja. Mereka akan sedaya upaya menarik diri kita yang dilihat laju ini supaya terhenti henti dengan pelbagai perkara karut marut ini...

Percayalah, sumpah dari Anwar gagal menutup fitnah mereka tapi kita telah menapak kebelakang terikut ikut permainan fitnah mereka....

Lagi ahli agama mahu Anwar bersumpah

Seorang lagi tokoh agama Dr Mohd Azri Zainul Abidin mencadangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah menafikan beliau bukanlah pelaku dalam video seks seperti didakwa.

"Saya tidak bersetuju Dato T bersumpah kerana itu hanya bertujuan mndedahkan keaiban orang lain.


"Tetapi oleh kerana mereka sudah bersumpah dan menimbulkan buruk sangka kepada pihak yang dituduh, mengapa tidak DSAI (Anwar) bersumpah saja," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Berikut kenyataan penuh bekas mufti Perlis itu:

Saya tidak bersetuju Dato T bersumpah kerana itu hanya bertujuan mendedahkan keaiban orang lain. Tetapi oleh kerana mereka sudah bersumpah dan menimbulkan buruk sangka kepada pihak yang dituduh, mengapa tidak DSAI (Anwar) bersumpah saja.

Jika beliau tidak salah, apa yang hendak dirisaukan? Ya, bukan satu paksaan, atau kewajiban, tetapi dapat menghilangkan sangkaan.

Sumpah bukan semestinya di mahkamah. Sumpah di mahkamah ada babnya. Sumpah luar mahkamah ada babnya. Jika isteri suruh suami sumpah bahawa dia tidak curang, adakah berdosa atau Allah mengghukum jika suami bersumpah dia tidak buat, dan memang dia tidak buat.

Sumpah macam itu dapat menghilangkan perbalahan.

Namun saya nak tegaskan cara politik kita memang sudah jijik dah kotor. Isu aib peribadi cuba dijadikan isu rakyat dan negara. Sangat hina. Jika kita usah layan puak-puak ini pun patut.-
 

1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.