KUALA LUMPUR, (Bernama) -- MCA telah menyerahkan laporan berhubung rayuan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata laporan itu diserahkan ketika pertemuan beliau dengan Perdana Menteri pada Jumaat.
"Perdana Menteri berjanji untuk meneliti isu ini secepat mungkin," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Beliau berkata MCA telah menerima 1,086 rayuan, namun selepas diteliti hanya 364 kes memerlukan perhatian JPA.
Katanya daripada jumlah itu, 59 kes dengan keputusan semua A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia harus dipertimbang untuk biasiswa bagi melanjutkan pelajaran peringkat ijazah di luar negara.
-- BERNAMA

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.