Followers

Friday, April 1, 2011

Video Seks Aib Anwar Fitnah Dan Dosa Besar ! - Mufti Perak

“Saya ada bercakap dengan Utusan Malaysia tapi apa yang keluar sikit sahaja, mereka tidak keluarkan secara keseluruhan apa yang saya katakan... yang tertulis ia (video seks) hanya fitnah, itu sahaja... yang lain-lain tidak keluar,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider. [lihat sini] kata2 harussani.

Kali ini harussani sudah terkena dengan agenda politik KERAjaan yang dia bela selama ini, sebelum ini dia mengingatkan orang politik supaya tidak libatkan agama untuk menagih undi untuk berkuasa, kenal kah harussani siapa sebenar nya rahim thamby chik and the gang ?.

Tidak sudah dengan itu, harussani juga telah di kantoikan oleh mashitah ibrahim, masyitah ada agenda politik kerana dia orang politik dan bertaraf timbalan menteri,”Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim berpendapat tarian poco-poco hanyalah sejenis tarian berbentuk senaman serta tidak perlu diharamkan di seluruh negara.” atau lemah sangat kah keislaman warga Perak tu sehingga kan perlu kepada fatwa ?.

Sebelum ini Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak pada Januari lalu telah memutuskan bahawa tarian atau senaman poco-poco diharamkan kerana ia mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama, juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ia sering diamalkan di Jamaica dan bercirikan agama Kristian.

Berbeza pula dengan Dr Asri……….Dr Asri bercakap berdasar kan politik dan Agama sekali ‘’Pada asasnya, semua urusan harian (daily life) dalam kehidupan manusia yang membabitkan persoalan keperluan atau kepentingan hidup insan adalah harus dilakukan KECUALI jika terdapat dalil yang jelas mengharamkan hal tersebut. Maka, segala bentuk senaman, tarian, makanan, perhiasan dan seumpamanya adalah harus atau dibolehkan melainkan ada bukti yang jelas dari nas syarak ia diharamkan, atau dimakruhkan”.



Nampak nya harussani tersepit dengan orang politik dan surat khabar ejen UMporNO……

************************************************************************************************
BERITA BERKAITAN :

MB: Perak patuhi fatwa haramkan poco-poco

Tarian poco-poco, yang diadunkan dalam senaman, turut menjadi daya tarikan komuniti pusat pengajian tinggi tempatan. – Foto ihsan Google

KUALA LUMPUR, 30 Mac – Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata kerajaan negeri akan mematuhi keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak berhubung pengharaman tarian poco-poco, yang telah diputuskan Januari lalu.

Zambry berkata, kerajaan negeri akan menghormati keputusan itu memandangkan satu fatwa berkaitan dengannya telah dikeluarkan.

Isu itu menjadi polemik sejak dua tahun lalu ekoran poco-poco yang awalnya dilihat sebagai senaman semata-mata bertukar menjadi tarian.

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak pada Januari lalu telah memutuskan bahawa tarian atau senaman poco-poco diharamkan kerana ia mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama, juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ia sering diamalkan di Jamaica dan bercirikan agama Kristian.

Maklumat diperoleh dari beberapa blog menunjukkan tarian poco-poco yang menjadi tarikan banyak pihak turut dikenali sebagai pocor-pocor atau pocoh-pocoh disebabkan muzik dan sebagai aktiviti ringan.

Bagaimanapun beberapa tulisan lain pula mendakwa tarian yang datangnya dari Indonesia membawa unsur-unsur mengasyikkan dan ada unsur salib ekoran langkah pergerakan ke kanan-kiri-depan-belakang.

Pertengahan tahun lalu, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) mengadakan Pertandingan Senam Seni 1Malaysia termasuk aktiviti senaman yang dipopularkan dari negara luar seperti poco-poco.

Malaysian Insider
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.