Followers

Monday, April 11, 2011

"Tidak Guna Orang India Berada Disini, Bunuh Dia Baru Dia Tahu"- Ucapan calon BN tiru gaya politik Umno

KUCHING: Naib Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Peter Nyarok kini menjadi sasaran kemarahan apabila didakwa bukan sekadar mengeluarkan kata-kata menghasut, tetapi turut mengugut seorang pemimpin PKR dari Semenanjung Malaysia.

Bungan Ekie, Setiausaha PKR Cabang Saratok telah membuat laporan polis terhadap Nyarok minggu lalu di Pejabat Polis Saratok.

Nyrok, yang akan mempertahankan kerusinya di Krian untuk kali keempat, dipercayai telah mengeluarkan kata-kata, "nadai guna Tambi nya ditu, temu bunh enggau iya" sehari sebelum hari pencalonan.

Kata-kata tersebut bermakna "tidak guna untuk orang India berada di sini, bunuh dia baru dia tahu".

Nyarok merujuk kepada kehadiran Jeyakumar, ahli exco kerajaan Selangor yang berada di Saratok untuk memberi sokongan kepada calon PKR Ali Biju dalam pemilih raya di Krian.

Calon lain yang bertanding untuk kerusi ini ialah Anthony Liman dari Parti Nasional Sarawak (SNAP) dan Banyie Anak Briak, calon bebas.

Nyarok juga dipercayai telah mengulangi kata-kata serupa apabila beliau bertemu muka dengan Jeyakumar sepanjang kempen itu.

Tiga Tuai Rumah (ketua rumah panjang) turut yang hadir ketika Nyarok mengucapkan kata-kata hasutan itu. Dalam laporannya, Bungan meminta polis untuk menyiasat tanpa pilih kasih atau takut.


Mengugut pengundi

Nyarok yang merasakan kepanasan kempen kali ini memberi amaran kepada ketua rumah panjang bahawa jika 'anembiaks'pengikut) mereka memilih untuk mengundi pembangkang, dia akan menggunakan kuasa menterinya untuk menarik balik projek-projek kecil luar bandar yang tekah dijanjikan kepada rumah-rumah panjang.

Dia turut mencurigai semua orang termasuk kakitangan awam negeri, guru dan pesara jika mereka tidak terbuka menyatakan sokongan mereka kepadanya.

Enam orang penjawat awam telah dipindahkan dari Saratok ke bahagian lain dari Sarawak sebagai amaran kepada yang lain. Ia juga mengancam akan menarik pencen bagi pesara.

“Nyarok tidak pernah berkelakuan sebegini dalam pilihan raya sebelum ini. Ia mungkin kerana beliau tidak pernah mengotakan janji-janjinya yang pernah dibuat kepada orang ramai.

"Dalam pilihan raya negeri Sarawak 2006 dia telah menjanjikan beberapa projek termasuk projek pembaikan jalan di Ulu Krian dan telah menghantar tiga lori untuk menghantar batu. Dia berjanji untuk menghantar lebih banyak lagi jika dia memenangi pilihanraya ketika itu.

"Namun, selepas memenangi pilihan raya, ia gagal menepati janjinya. Batu-batu itu telah dipindahkan dan ditarik balik," kata Bungan.

Dia juga berjanji untuk memberikan mesin membuat getah keping, gergaji dan peralatan kerja, tetapi sehingga hari ini rakyat tidak menerima apa-apa.

“Semua isu-isu ini termasuk hak tanah adat (NCR) telah ditimbulkan sepanjang kempen,” kata Bungan.

Dari tiga calon, Ali Biju memberikan cabaran yang kuat kepada 11,000 pengundi , di mana 96% daripada pengundinya adalah kaum Iban.

Dalam pilihan raya terakhir, Nyarok selesa mengalahkan lawannya, Stanley Jugol daripada SNAP. Dia mendapatkan 4,784 undi berbanding lawannya yang mendapat 2,695 undi.


Kredit : FMT Posted by PASPB

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.