Saya hairan bagaimana artikel saya mengenai analisa undian keatas PBB dikatakan sebagai pujian. Saya telah menunjukkan suatu jadual/table mengenai keputusan undian PBB.
Saya tidak berminat untuk menunjukan keadaan di mana keadaan tidak banyak berubah atau pada ketika ketika undi PBB merosot dan undi kepada PKR bertambah. Penyokong PKR boleh lah berbuat demikian.
Fakta nya, secara keseluruhan, majority PBB meningkat. Kedua, PBB menambahkan majoriti dalam 23 kawasan dari 35 yang di tandingi nya.
Baca sekali lagi — ianya bukan pujian. Sebaliknya ia nya suatu peringatan kepada Umno bahawa ia tidak dapat mengawal keadaan di masa hadapan. Bagaimana mungkin? Umno sendiri tidak boleh menghasilkan keputusan yang demikian.
Undi orang Melayu kepada calun Umno merosot — bahkan jumlah orang Melayu yang tidak mengundi Umno samaada melalui tidak keluar mengundi atau mengundi parti bukan Umno, lebih besar. Daripada 5.7 juta undi Melayu, calun Umno dalam tahun 2008 hanya mendapat sekitar 2.39 juta undi — 2.39 juta termasuk undian dari orang bukan Melayu.
Yang bersorak meriah menyambut kemenangan PBB dan sekutu nya dalam PR Sarawak tidak membantu memenangkan Umno dalam waktu jangka panjang.
Mereka sebenarnya meraikan sokongan Umno kepada perkara perkara yang tidak di sukai oleh jenerasi rakyat hari ini — korapsi, pencabulan kuasa, monopoli kuasa oleh elit dan lain lain. Cabaran agar kita menghasilkan bukti tidak mengurangkan kesahihan mendesak perubahan. Jika Umno berdiri disebelah entiti yang tidak di sukai rakyat, tidakkah Umno lama kelamaan akan di terajang keluar?
Ia juga peringatan kepada hubaya hubaya Umno dan penyanyi chorus ini bahawa kemenangan PBB menambahkan kesusahan kepada Najib.
Of course, perkara ini tidak di lihat oleh para penulis maya pro Umno bukan? Mereka lebih syok mengistihatkan PKR out! DAP rasis! Bodoh punya kerja.
Kamu tidak tahu bukan — Taib Mahmud melancarkan coup detat nya sendiri apabila menyegerakan upacara angkat sumpah nya pada pukul hampir 11 malam 16 April lalu. Mengapa tidak sabar dan tergesa gesa? Walhal kamu sudah pun dapat 2/3 majoriti dalam dewan undangan?
Taib Mahmud dengan melakukan demikian telah menempelak Najib dan Muhyidin serta menconteng arang kepada muka Umno. Of course, mereka tidak tahu.
Taib memang tahu bahawa jika dia tidak bertindak segera, mungkin orang lain akan menggantinya sebagai Ketua Menteri. Pimpinan Umno mahukan Abang Johari menjadi KM Sarawak. Taib sedar game plan tersebut dan melancarkan suatu game plan dia sendiri. Yang hanya di perlukan oleh nya ialah menyegerakan acara angkat sumpah. Business concluded. Najib was faced with the unpleasant task of showing a forced euphoria over the victory of PBB in Sarawak.
Najib dan Muhyidin sedar bahawa mereka akan berdepan dengan Taib Mahmud yang lebih perkasa dan lebih yakin.
Siapa mahu puji Taib Mahmud, silakan. Saya lebih berminat menganalisa repercussions kepada Umno.
Sokongan Umno secara membelakangkan pola citrasa jenerasi ke 3 Malaysia akan menempatkan Umno secara bertentangan dengan jenerasi akan datang. Jenerasi tersebut bukan lagi jenerasi yang membaca akhbar arus dasar.
Ini jenerasi FB dan pembaca blog serta pelayar alam maya. Oleh kerana, secara umum nya mereka mempunyai tahap pembelajaran yang relative tinggi, mereka dapat membezakan inti yang picisan dan inti yang mencabar minda.
Mereka menyampaikan maklumat kepada ibu dan bapa dan mempengaruhi mereka. Jenerasi baru mahukan perkara yang bebeza dengan jenerasi pertama dan kedua. Jenerasi ini tidak menerima sesuatu tanpa kelayakan.
Sebaliknya, 6-7 tulisan saya sebelumnya di katakan sebagai cadangan direct dan indirect mengharapkan kerajaan Sarawak di tumbangkan. Telahan yang kedua masih betul dan releven. Telahan pertama tidak benar.
Ini bukan satu pujian. Orang yang kurang tahu politik on the ground jangan suka hentam keromo. Tidak ada orang yang sukakan sebuah kerajaan yang korap, tidak efisyen dan tidak menjalankan tata urus kerajaan yang baik.
Tanyalah sesiapa jenerasi ke3 — apa yang mereka mahukan ada pada Umno?
Mereka mahukan ketelusan, tata urus kerajaan yang baik, kerajaan yang tidak korap dan kerajaan yang cekap. Lebih dari segala nya mereka mahukan sebuah kerajaan yang di pimpin oleh orang yang baik dari sudut kepimpinan.
Saya tidak heran dengan mereka yang tidak mampu menghasilkan penghujjahan mematahkan hujjah saya. Terhabis kuat yang mereka dapat lakukan ialah mencerca dan mengheret hal hal peribadi yang mereka sedikit pun tidak mempunyai pengetahuan mengenai nya. Kepada orang jenis ini, saya persilakan mereka menyambung hayat sebagai orang tongong sebab, ternyata kamu tidak ada argumentasi yang boleh di ketengahkan.
Walaupun Taib Mahmud tetap menang 2/3 undi di Sarawak itu tidak sedikit pun menggoyahkan harapan dan semangat saya untuk mendededahkan kepincangan yang di lakukan oleh mereka yang berkuasa.
Isiu yang lebih besar ialah di manakan Umno mahu meletakkan dirinya? Dipihak pembela rakyat dan menjadi jurubicara mereka yang lemah atau bersekongkol dengan yang korap dan mencabul kuasa.
Pegangan ini tidak ada kena mengena dengan Anwar Ibrahim kerana dia atau PKR tidak mempunyai monopoli keatas kebenaran. Akan tetapi sikap Umno untuk mendepani masa depan mesti betul. Jika Umno di lihat oleh rakyat sebagai bersubahat dengan geng jahat, akhirnya Umno akan roboh.
Kepada sang celaka yang sentiasa menghasut mahukan respons saya mengenai pendedahan RPK bahawa Tengku Razaleigh terlibat dalam rencana mahu jatuhkan Najib, saya akan jawab nanti. Harap bersabar. Itu suatu topic yang bagus.
Sebagai lontaran awalan saya mahu bertanya — dimana ada termaktub bahawa orang seperti Tengku Razaleigh tidak boleh jadi PM? Atau di mana tertulis bahawa Najib jadi PM selama lama nya? Dia pun orang Umno. Jika pimpinan Umno merasakan dia bukan, buangkan sahaja Tengku Razaleigh.
Itukan lebih mudah? Kenapa terhegeh hegeh. Keris sudah ada di tangan. Jangan belek sahaja. Gunakan jika pendekar.
Lagi pun apa asas kita mahu percaya apa RPK nyatakan? Bukankah ada timbalan menteri kesukaan pemblog Umno sudah menyatakan bahawa apa yang RPK sebut, hanya 30% yang betul. 70 peratus auta.
Mungkinkah isiu Tengku Razaleigh yang di bangkitkan termasuk dalam bahagian auta? Dan seterusnya mungkin juga pengakuan bahawa dia tidak menuduh Najib di kaitkan dengan pengeboman Altantuya juga termasuk dalam bahagian 70 peratus auta? Kenapa kita mahu berikan credence kepada seorang yang probability nya 70 peratus auta?
sumber: Pencacai SeMalaysia
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.