Followers

Sunday, April 10, 2011

Skandal Seks dan Rasuah Najib Berakhir Dengan Pembunuhan ?

Skandal fitnah yang dicipta olih Datuk T (Trio Tamak Tipu Temberang) dengan niat jahat disebarkan untuk menjahanamkan bukan hanya Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi juga merosakkan generasi akan datang. 

Skandal seks dan rasuah yang melibatkan Datuk Seri Najib Razak dan Rosmah Mansur berakhir dengan pembunuhan zalim dan pihak berwajib masih gagal menjalankan siasatan telus serta menyeluruh. Di manakah kewibawaan Umno/BN sebagai pemerintah?

Dari Arkib Kerajaan Rakyat: Thursday, July 3, 2008

Malaysia hari berada dalam keadaan yang amat memalukan apabila Timbalan Perdana Menterinya, Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansur telah mencemarkan nama negara dengan berbagai pelakuan sumbang dan jijik yang diperakukan secara bersumpah oleh rakyat. 

Penyiasat persendirian, Balasubramaniam Perumal hari ini mendedahkan Timbalan PM telah melakukan hubungan seks dengan Altantuya.

Dalam sidang media di Ibu Pejabat KeADILan pagi ini, Balasubramaniam telah memberikan beberapa butiran yang menunjukan hubungan Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak bersama dengan Altantuya.

Beliau turut mendedahkan Najib Razak telah memperkenalkan Altantuya kepada Penganalisa Politik, Razak Baginda di satu pameran berlian di Singapura.

Namun apa yang menggemparkan adalah: Najib pernah menyetubuhi mangsa. Menurut Balasubramaniam, siasatan beliau mengesahkan berlakunya hubungan seksual diantara Timbalan Perdana Menteri itu dan mangsa.

Tambah Balasubramaniam lagi, mangsa tiada masalah untuk diliwat oleh Timbalan Presiden Umno (Najib Razak) itu.

Dalam akuan berkanunnya, Balasubramaniam berkata beliau pernah berbual dengan Altantuya - yang dikenali juga sebagai "Aminah" - di luar pagar rumah Abdul Razak pada 19 Oktober tahun itu semasa bertugas mengawal rumah majikannya.

Dalam perbualan mereka, penyiasat itu mendakwa wanita itu memberitahunya:

* Altantuya bertemu dengan Abdul Razak dan Najib di Singapura.

* Mereka bertiga pernah makan malam bersama di Paris.

* Wanita itu pernah dijanjikan wang komisyen US$500,000 berhubung urusan pembelian kapal selam.

* Altantunya memerlukan wang untuk menebus kembali rumah yang dibelikan untuknya oleh Abdul Razak tetapi telah dibiayai semula oleh saudara lelakinya.

Selain maklumat tersebut, dakwa Balasubramaniam lagi, penganalisis politik yang dekat dengan pemimpin negara itu juga memberitahunya:

* Najib memaklumkan kepadanya (Razak Baginda) bahawa mereka berdua (Najib dan Altantuya) pernah melakukan hubungan seks.

* Oleh sebab beliau sekarang timbalan perdana menteri, Najib meminta Abdul Razak menjaga Altantuya agar wanita berkenaan tidak mengacaunya.

* Ketiga-tiga mereka – Najib, Abdul Razak dan Altantuya - didakwa pernah makan malam bersama di Paris.

* Altantuya menuntut wang komisyen sebanyak US$500,000 daripadanya berhubung pembelian kapal selam Malaysia di negara itu.
................

Dalam satu perkembangan lain Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengaku bahawa Saiful Bukhari Azlan datang menemuinya beberapa hari sebelum dia membuat laporan mendakwa diliwat oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kerengga

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.